awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis bantuan maut selepas pulang ziarah ibu tiri meninggal dunia
26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi kerana banjir
PAU 2025: UMNO Johor fokus pembangunan, perpaduan dan pengukuhan parti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes cubaan penipuan pilihan raya 2020 terhadap Trump digugurkan

Bernama
Bernama
27/11/2025
14:30 MYT
Kes cubaan penipuan pilihan raya 2020 terhadap Trump digugurkan
Trump sehingga kini tidak mengakui kekalahan pilihan rayanya, sebaliknya mendakwa bahawa kemenangannya telah dirampas melalui penipuan pilihan raya - dakwaan yang telah dibuktikan tidak benar. - Gambar fail/Reuters/Anna Rose Layden
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memperoleh kemenangan sah selepas mahkamah pada Rabu menolak kes terhadapnya atas dakwaan percubaan penipuan pilihan raya semasa pilihan raya presiden 2020 di negeri Georgia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Mahkamah menolak kes terhadap Presiden AS Donald Trump berhubung dakwaan percubaan penipuan pilihan raya di Georgia, memperoleh kemenangan sah.
  • Pendakwa raya Georgia memutuskan untuk menamatkan prosiding kes tersebut atas pertimbangan kepentingan rakyat.
  • Trump masih enggan mengakui kekalahan dalam pilihan raya dan terus mendakwa kemenangannya dirampas melalui penipuan, walaupun dakwaan tersebut tidak benar.

Hakim meluluskan permohonan daripada pejabat pendakwa raya Georgia untuk menamatkan prosiding, menurut laporan media AS.
Stesen penyiaran CNN, NBC dan PBS, serta akhbar New York Post, New York Times dan lain-lain melaporkan bahawa pendakwa raya yang baru dilantik Peter Skandalakis berkata beliau tidak akan meneruskan pertuduhan tersebut.
Mereka memetik Skandalakis sebagai berkata tidak berbaloi untuk meneruskan kes ini sehingga lima atau 10 tahun lagi demi kepentingan rakyat Georgia.
Pada 2020, calon Demokrat Joe Biden memenangi pilihan raya presiden menentang Trump. Di Georgia, Trump daripada Parti Republikan tewas dengan margin tipis.
Pertuduhan mendakwa Trump dan beberapa individu lain cuba menekan pegawai awam supaya melanggar sumpah jawatan bagi membatalkan keputusan pilihan raya di Georgia.
Trump sehingga kini tidak mengakui kekalahan pilihan rayanya, sebaliknya mendakwa bahawa kemenangannya telah dirampas melalui penipuan pilihan raya - dakwaan yang telah dibuktikan tidak benar.
Beberapa bekas rakan sekutu Trump telah mencapai persetujuan dengan pejabat pendakwa raya dalam prosiding tersebut dan mengaku bersalah.
Trump memenangi semula pilihan raya presiden pada November 2024 menentang calon Demokrat Kamala Harris, dan beliau kini sedang menjalani penggal keduanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Joe Biden
#Demokrat
#Kamala Harris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan