awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera kanak-kanak di Jepun meningkat pada tahun 2022

Bernama
Bernama
07/09/2023
10:03 MYT
Kes dera kanak-kanak di Jepun meningkat pada tahun 2022
Jumlah kes penderaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pusat perundingan kanak-kanak di seluruh Jepun mencecah rekod 219,170 pada tahun 2022. - Gambar hiasan
TOKYO: Jumlah kes penderaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pusat perundingan kanak-kanak di seluruh Jepun mencecah rekod 219,170 pada tahun 2022, memetik data kerajaan pada Khamis.
Kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun meningkat 11,510 berbanding tahun sebelumnya, mencecah paras tertinggi untuk tahun ke-32 berturut-turut, sejak statistik bermula pada tahun 1990, menurut data dikeluarkan oleh Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga, lapor Xinhua.
Penderaan psikologi menyumbang kira-kira 60 peratus daripada jumlah itu, dengan kira-kira 129,500 kes, peningkatan lebih 4,700 kes berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, penderaan fizikal menyumbang hampir 24 peratus, dengan kira-kira 51,700 kes, diikuti pengabaian kira-kira 16 peratus, iaitu kira-kira 35,600 kes.
Kira-kira satu peratus daripada kes melibatkan penderaan seksual, dengan anggaran 2,500 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#kes dera
#Kanak-kanak
#Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan