awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes harian COVID-19 di China, Australia menurun

Agensi
Agensi
17/09/2020
04:48 MYT
Kes harian COVID-19 di China, Australia menurun
Susulan pelaksanaan perintah berkurang yang dilanjutkan sehingga 28 September, kes harian di Melbourne mula menunjukkan penurunan sejak dua minggu kebelakangan ini.
CHINA merekodkan sebanyak sembilan lagi kes baharu COVID-19 pada Rabu, menyaksikan penurunan berbanding 12 kes pada hari sebelumnya.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan semua kes baharu adalah jangkitan import melibatkan pelancong dari luar negara.
Jumlah pesakit yang tidak menunjukkan gejala turut menurun kepada 14 orang berbanding 16 orang pada hari sebelumnya.
Setakat ini, China merekodkan sebanyak 85,223 kes COVID-19, dengan kematian kekal sebanyak 4,634.
Sementara itu, Victoria, negeri kedua paling padat penduduk di Australia turut menunjukkan penurunan jangkitan COVID-19 apabila mencatatkan 28 kes baharu setakat Khamis.
Angka harian terbaharu itu adalah kes paling rendah sejak 24 Jun lalu, sekali gus menurun daripada paras tertinggi melebihi 700 kes pada awal Ogos.
Dalam perkembangan sama, sebanyak lapan lagi kematian dicatatkan berkaitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Susulan pelaksanaan perintah berkurang yang dilanjutkan sehingga 28 September, kes harian di Melbourne mula menunjukkan penurunan sejak dua minggu kebelakangan ini.
Purata kes menurun di bawah 50 kes pada Rabu, di mana sekatan akan dilonggarkan di bandar itu sekiranya kes mencatatkan penurunan secara purata di bawah 50 kes sehari .
Victoria yang mempunyai 25 juta daripada jumlah keseluruhan penduduk Australia, mencatatkan sekitar 75 peratus kes daripada jumlah keseluruhan 26,800 kes di negara itu, setakat ini.
Topic Berkaitan
#Australia
#China
#COVID-19
#Kes COVID-19 global
#Kes di China menurun
#koronavirus
#Melbourne
#perintah berkurung
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan