Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Kes influenza di Jepun cecah tahap amaran paling pantas dalam tempoh 10 tahun

Astro Awani 21/11/2025 | 11:07 MYT
Sebanyak 145,526 kes influenza dilaporkan di kira-kira 3,000 institusi perubatan yang ditetapkan di seluruh negara dalam tempoh seminggu berakhir 16 November lalu. -Gambar hiasan/Sinar Harian
TOKYO: Jepun kini berdepan lonjakan kes influenza yang mencecah tahap amaran pada kadar terpantas dalam tempoh sedekad, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan negara itu.


Ringkasan AI
  • Lonjakan kes influenza di Jepun mencapai tahap amaran pada kadar terpantas dalam tempoh sedekad, mencatatkan 145,526 kes dalam tempoh seminggu terkini.
  • Purata 37.73 pesakit bagi setiap fasiliti kesihatan melebihi paras amaran 30 orang, menandakan peningkatan 1.73 kali ganda berbanding minggu sebelumnya.
  • Wilayah Miyagi di timur laut Jepun mencatatkan kadar tertinggi wabak influenza dengan 80.02 kes bagi setiap fasiliti.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Berdasarkan laporan Kyodo News, sebanyak 145,526 kes influenza dilaporkan di kira-kira 3,000 institusi perubatan yang ditetapkan di seluruh negara dalam tempoh seminggu berakhir 16 November lalu.

Ini bersamaan purata 37.73 pesakit bagi setiap fasiliti, melebihi paras amaran 30 orang dan meningkat 1.73 kali ganda berbanding minggu sebelumnya.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa lonjakan ini berlaku lima minggu lebih awal berbanding musim sebelumnya, dengan wilayah Miyagi di timur laut Jepun mencatatkan kadar tertinggi iaitu 80.02 kes bagi setiap fasiliti.

Wabak influenza lazimnya memuncak pada musim sejuk dan penghujung musim bunga di Jepun.

Pihak berkuasa kesihatan kini menggesa orang ramai agar mengambil langkah pencegahan termasuk mendapatkan vaksinasi dan mengamalkan kebersihan diri bagi membendung penularan wabak.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah kes influenza yang dilaporkan di Jepun dalam tempoh seminggu berakhir 16 November?
    A: Terdapat 145,526 kes influenza dilaporkan di kira-kira 3,000 institusi perubatan di Jepun dalam tempoh tersebut.
  • Q: Apakah purata jumlah pesakit influenza bagi setiap fasiliti kesihatan di Jepun?
    A: Purata jumlah pesakit influenza bagi setiap fasiliti kesihatan ialah 37.73 orang, melebihi paras amaran 30 orang dan meningkat 1.73 kali ganda berbanding dengan minggu sebelumnya.
  • Q: Wilayah manakah di Jepun yang mencatatkan kadar tertinggi kes influenza?
    A: Wilayah Miyagi di timur laut Jepun mencatatkan kadar tertinggi wabak influenza dengan 80.02 kes bagi setiap fasiliti kesihatan.



#Jepun #Influenza #tahap amaran #kadar terpantas #Miyagi