awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jangkitan HFMD meningkat tiga kali ganda di Filipina

Agensi
Agensi
02/03/2025
15:03 MYT
Kes jangkitan HFMD meningkat tiga kali ganda di Filipina
HFMD jarang sekali menyebabkan kematian dan ia sembuh dengan sendirinya, namun ia merebak dengan pantas. - Gambar fail
MANILA: Jabatan Kesihatan Filipina pada Sabtu melaporkan sejumlah 7,598 kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan daripada 1 Januari hingga 22 Februari 2025.
Angka tersebut menghampiri tiga kali ganda berbanding 2,665 kes yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2024.
Portal berita Manila Times yang memetik data Jabatan Kesihatan melaporkan, kira-kira 52 peratus daripada kes dikesan di wilayah ibu kota Luzon Tengah, Mimaropa, dan di wilayah pentadbiran Cordillera.
Selain itu, 56 peratus atau 4,225 daripada keseluruhan kes melibatkan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah, manakala, sekitar 2,069 kes merupakan kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun.
"HFMD jarang sekali menyebabkan kematian dan ia sembuh dengan sendirinya, namun ia merebak dengan pantas.
"Cuci tangan dengan sabun dan air selama 20 saat. Jauhi individu yang menunjukkan simptom penyakit ini," antara pesan Setiausaha Kesihatan Filipina, Teodoro Herbosa.
HFMD adalah penyakit berjangkit yang boleh terkena pada seseorang jika menyentuh mata, hidung atau mulut selepas terdedah atau tersentuh objek yang sudah dicemari virus. Simptom HFMD adalah sederhana, termasuk demam, batuk, sakit tekak dan kesan lepuhan di tangan, kaki dan punggung.
Begitupun, ia boleh menjurus kepada komplikasi yang lebih serius seperti meningitis dan encephalitis, atau pembengkakan otak.
Topic Berkaitan
#jangkitan
#penyakit tangan kaki mulut
#HFMD
#Filipina
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan