DUNIA

Kes letupan makmal: Belgium tangkap lima suspek - pendakwa

Agensi 29/08/2016 | 11:03 MYT
Gambar menunjukkan sebahagian daripada Institut Kriminologi Negara Belgium selepas ia terlibat dalam satu kebakaran pada 29 Ogos 2016. - REUTERS/Eric Vidal
Polis Belgium telah menahan lima suspek selepas letupan semalaman pada Isnin di makmal jenayah kebangsaan negara itu di utara Brussels, mengakibatkan kerosakan besar tetapi tiada kemalangan jiwa, kata pendakwa raya.

"Lima orang telah ditangkap di kawasan berhampiran... Mereka kini sedang disoal siasat bagi memastikan jika mereka memainkan sebarang peranan dalam kejadian itu," kata Ine Van Wymersch, jurucakap pejabat pendakwa Brussels.

BACA: Bom meletup di Institut Kriminologi Brussels, tiada kemalangan jiwa




#Brussels #Institut Kriminologi Negara #lima suspek #polis Belgium