awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Omicron bertambah, Thailand percepat dos penggalak

Bernama
Bernama
04/01/2022
20:00 MYT
Kes Omicron bertambah, Thailand percepat dos penggalak
Setakat ini, Thailand telah menyuntik 104,524, 571 dos vaksin COVID-19 kepada rakyatnya, termasuk 7,041,796 dos ketiga sejak kempen vaksinasi dilancarkan pada 28 Februari. -AP
BANGKOK: Ketika kes varian Omicron terus meningkat dan menular ke 54 wilayah di Thailand, Kementerian Kesihatan Awam negara itu menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi membendung penularan wabak itu.
Sehingga kini, Thailand merekodkan 2,062 kes membabitkan varian Omicron.
Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Suakit Sirilak berkata Bangkok mendahului senarai dengan jumlah kes Omicron tertinggi iaitu 585, termasuk tujuh jangkitan tempatan.
Ia diikuti wilayah timur laut Kalasin (233 kes), Roi Et (180 kes), Phuket (175 kes), Chonburi (162 kes) dan Samut Prakan (106 kes).
"Sebanyak 1,105 kes melibatkan warga asing manakala selebihnya melibatkan individu yang pernah berada dekat dengan golongan ini," katanya.
Suakit berkata varian Delta masih dominan dan menyumbang kira-kira 80 peratus daripada kes di Thailand.
"Omicron menyumbang kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan kes baharu COVID-19," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong menggesa golongan rentan dan berisiko untuk tampil mendapatkan suntikan ketiga memandangkan kes Omicron meningkat dua kali ganda ketika cuti Tahun Baharu.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan berhubung keperluan suntikan dos keempat kepada kakitangan perubatan, pekerja barisan hadapan dan kumpulan berisiko.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata kerajaan sedang mempertimbang untuk menangguhkan program bebas kuarantin itu sehingga akhir bulan ini.
Penangguhan itu sepatutnya disemak semula pada Selasa.
"Kami akan membentangkan cadangan, sebelum mendapat kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA)," katanya.
Thailand merekodkan 3,091 kes baharu COVID-19 dan 12 kematian pada Selasa, menjadikan jumlah kes keseluruhan 2,235,576 dan 2,688 kematian.
Setakat ini, Thailand telah menyuntik 104,524, 571 dos vaksin COVID-19 kepada rakyatnya, termasuk 7,041,796 dos ketiga sejak kempen vaksinasi dilancarkan pada 28 Februari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Omicron
#COVID-19
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan