ANKARA: Pentadbiran Presiden Joe Biden pada Khamis berkata, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018.
Dalam hujah di mahkamah lewat Khamis, pentadbiran AS berkata, Mohammed bin Salman ialah "ketua kerajaan" Arab Saudi dan beliau "kebal daripada saman ini" berdasarkan undang-undang antarabangsa.
Pentadbiran AS mengemukakan pengisytiharan kekebalan berdaulat kepada mahkamah persekutuan di Washington yang mendengar tuntutan mahkamah yang difailkan tunang Khashoggi, Hatice Cengiz dan Democracy for the Arab World Now (DAWN), kumpulan hak asasi diasaskan Khashoggi, berhubung peranan putera itu yang didakwa terlibat dalam pembunuhan yang berlaku di Istanbul, Turkiye.
Putera Arab Saudi itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam pembunuhan itu.
Pendapat pentadbiran Biden itu tidak mengikat hakim dalam kes itu yang mempunyai suara muktamad dalam membuat keputusan.
Jamal Khashoggi dibunuh di dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2018 dan mayatnya dikerat.
Jasadnya tidak ditemukan.
AS dalam jawapan bertulis kepada Mahkamah Daerah Colombia yang salinannya diperoleh Agensi Anadolu berkata: "Jabatan Negara mengiktiraf dan membenarkan kekebalan Perdana Menteri Mohammed bin Salman sebagai ketua kerajaan negara asing."
Biden, selepas mengambil alih jawatan Presiden, mengisytiharkan beliau akan membawa pelaku pembunuhan Khashoggi ke muka pengadilan.
Namun, sejak konflik Rusia-Ukraine Februari lepas, Barat berada dalam tekanan untuk menurunkan harga tenaga akibat pemotongan bekalan oleh Moscow ke Eropah.
Biden menghadapi masalah politik pada Julai apabila pemerintah Arab Saudi enggan menambah pengeluaran minyaknya.
Kekebalan berdaulat dalam undang-undang antarabangsa menyebut bahawa kerajaan dan pegawai mereka kebal daripada beberapa prosedur undang-undang di mahkamah domestik negara asing yang lain. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018, kata pentadbiran AS. - Gambar fail AP
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Putera Mahkota Arab Saudi tekankan kepentingan hentikan serangan Israel
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menekankan kepentingan untuk menghentikan serangan Israel ke atas Gaza.
Putera Mahkota Arab Saudi gesa operasi ketenteraan di Gaza dihentikan
Baginda mahu negara Palestin diwujudkan untuk keamanan berkekalan di Asia Barat.
Isu keganasan di Palestin jadi tumpuan Sidang Kemuncak GCC-ASEAN
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengulangi sokongan negara itu untuk mencapai penyelesaian kekal kepada perjuangan rakyat Palestin.
Arab Saudi akan terus sokong rakyat Palestin
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Isnin mengadakan perbincangan menerusi telefon mengenai situasi di Gaza.
Presiden Turkiye hadiahkan kereta Togg kepada Putera Mahkota Arab Saudi
Presiden Recep Tayyip Erdogan menghadiahkan sebuah kereta elektrik buatan Turkiye, Togg, kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Putera Mahkota Saudi lancar syarikat penerbangan baharu Riyadh Air
Ia dijangka menyumbang AS$20 bilion kepada keluaran dalam negara kasar KDNK dan mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan.
Kes Khashoggi: Mahkamah AS ketepi saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi
Mahkamah persekutuan AS mengetepikan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman berhubung dakwaan terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.
Kes pembunuhan Khashoggi: Putera Arab Saudi ada imuniti - AS
Mohammed bin Salman ialah "ketua kerajaan" Arab Saudi dan beliau "kebal daripada saman ini" berdasarkan undang-undang antarabangsa.