awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pertama parasit pemakan daging 'Screwworm' dikesan di Amerika

Agensi
Agensi
25/08/2025
00:20 MYT
Kes pertama parasit pemakan daging 'Screwworm' dikesan di Amerika
Sampel ulat skru dipamerkan di sebuah klinik veterinar di Tapachula, negeri Chiapas, Mexico pada 4 Julai 2025. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kes pertama jangkitan parasit pemakan daging manusia atau New World screwworm di Maryland membabitkan seorang individu yang baru pulang dari Guatemala.
Menurut laporan Reuters, individu berkenaan telah menerima rawatan di Maryland dan kini disahkan sebagai kes pertama screwworm di AS sejak penularan parasit itu mula meningkat dari Amerika Tengah dan selatan Mexico sejak tahun lalu.
Maklumat mengenai kes itu turut dikongsi kepada doktor haiwan negeri dan pihak berkuasa kesihatan selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesahkan jangkitan tersebut.
Bagaimanapun, CDC dan Jabatan Kesihatan Maryland belum memberikan sebarang komen rasmi.
Screwworm merupakan sejenis lalat parasit yang betina akan bertelur pada luka haiwan berdarah panas.
Setelah menetas, larva berkenaan akan menggali ke dalam daging hidup menggunakan mulut tajam mereka dan jika tidak dirawat, ia boleh membawa maut kepada haiwan mahupun manusia.
Rawatan memerlukan pembuangan ratusan larva secara manual dan pembersihan luka secara intensif, namun jangkitan biasanya boleh diselamatkan jika dikesan awal.
Kes berkenaan dilaporkan hanya seminggu selepas Setiausaha Pertanian AS, Brooke Rollins, mengumumkan rancangan membina fasiliti pengeluaran lalat steril di Texas sebagai langkah membanteras penularan screwworm yang kini bergerak semakin hampir ke sempadan AS.
Pakar industri ternakan memberi amaran bahawa pengesahan kes screwworm di AS boleh menggoncang pasaran lembu dan daging lembu, yang kini berada pada harga tertinggi dalam tujuh dekad akibat kekurangan bekalan.
Mexico sebelum ini turut melaporkan kes baharu di Veracruz, kira-kira 600 kilometer dari sempadan AS, sekali gus mencetuskan penutupan sementara perdagangan ternakan di pintu masuk selatan.
Screwworm pernah dihapuskan di AS pada 1960-an melalui kaedah pelepasan lalat jantan steril secara besar-besaran, namun kebimbangan kini meningkat bahawa penularan semula boleh menjejaskan industri ternakan negara itu dengan kerugian dianggarkan mencecah AS$1.8 bilion (RM8.1 bilion) hanya di Texas. - Agensi
Topic Berkaitan
#screwworm
#parasit pemakan daging
#pemakan daging manusia
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan