JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi 40 juta kes.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 40.26 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 8.2 juta kes.

Ini diikuti India dengan 7.5 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.2 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.4 juta kes.

Sementara itu, Argentina, Colombia, Sepanyol, Peru dan Mexico melepasi angka setengah juta kes.

Turut melepasi 500,000 kes ialah Perancis, Afrika Selatan, United Kingdom dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Chile, Iraq, Itali, Bangladesh, Jerman, Indonesia dan Filipina.

Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 ialah kanada, Belgium, Romania, Maghribi dan Poland.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.