Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini dijangka mencapai angka seramai 1 juta orang dalam beberapa hari mendatang.
Angka terkini daripada statistik Johns Hopkins University menunjukkan, setakat jam 6 pagi 2 April waktu Malaysia, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di seluruh dunia adalah sebanyak 926,095.
Terdapat tiga negara yang mempunyai angka jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes, didahului Amerika Syarikat (209,071), disusuli Itali (110,574) dan Sepanyol (102,179).
Sementara itu, terdapat tiga lagi negara yang mempunyai angka jangkitan COVID-19 melebihi 50,000 kes, iaitu China (82,361), Jerman (77,779) dan Perancis (57,749).
Negara yang berada di tempat keenam dan menghampiri angka 50,000 adalah Iran, dengan 47,593 kes jangkitan.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus juga menyatakan, angka kematian berkaitan pandemik itu dijangka mencecah 50,000 mangsa.
Sehingga kini, Itali masih kekal sebagai negara yang mempunyai kematian tertinggi akibat COVID-19 iaitu 13,155 mangsa.
Ini diikuti oleh Sepanyol sebanyak 9,131 mangsa dan Amerika Syarikat 4,757 mangsa.
Manakala Perancis dan China masing-masing mencatatkan 4,032 dan 3,193 mangsa.
Namun, Iran dijangka akan melepasi angka kematian di China dalam beberapa hari akan datang kerana negara itu kini mempunyai 3,036 kes kematian.
Manakala Britain dan Belanda mempunyai jumlah kes kematian sebanyak 2,352 dan 1173.
Negara lain masih mempunyai bilangan kematian kurang daripada 1,000 mangsa, namun terdapat dua negara dijangka melepasi angka tersebut dalam masa beberapa hari iaitu Jerman (920) dan Belgium (828).
Bagaimanapun, masih terdapat sinar harapan di seluruh dunia memandangkan jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh juga hampir mencapai 200,000 kes.
Sehingga kini, terdapat 193,117 pesakit yang telah sembuh daripada wabak tersebut.
Afiezy Azaman
Wed Apr 01 2020

Tiga negara mempunyai lebih 100,000 kes jangkitan COVID-19, didahului Amerika Syarikat (209,071), disusuli Itali (110,574) dan Sepanyol (102,179).

Penyakit cacar monyet meningkat di Eropah
Sepanyol mengesan 23 kes yang berpotensi sementara Portugal mengesahkan lima kes daripada 20 kes yang disyaki.

Keanggotaan NATO | AS sokong penuh Sweden dan Finland
Amerika Syarikat beri sokongan penuh kepada Sweden dan Finland yang membida keanggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO. Presiden Joe Biden berjanji, Amerika akan kekal membantu dua negara ini sekiranya ia diancam Rusia.

Cacar Monyet | Kes di Eropah meningkat
Eropah dalam keadaan berjaga-jaga susulan beberapa negara mengesan kes jangkitan cacar monyet, pada Rabu. Sepanyol mengesan 23 kes yang berpotensi sementara portugal mengesahkan lima kes daripada 20 kes yang disyaki.

Projek Tenaga | EU mahu bina projek kincir angin
Empat negara Kesatuan Eropah (EU) rancang mempercepatkan peralihan hijau benua itu dan membantu menghentikan import tenaga Rusia melalui projek baharu membina ladang kincir angin di laut utara, Lautan Atlantik. Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen bersama empat lagi negara lain iaitu Belgium, Belanda dan Jerman.

COVID-19 | Tahap amaran di New York meningkat, syor pakai pelitup muka
New York mengesyorkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam tertutup susulan peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti yang tinggi dan tekanan terhadap sistem kesihatan awam semakin meningkat. Bagaimanapun, Datuk Bandar New York, Eric Adams memberi jaminan bandar itu tetap bersedia dan tidak panik walaupun ia memasuki tahap amaran COVID-19 yang tinggi.

Konflik Rusia-Ukraine | Burukkan lagi isu keselamatan makanan di peringkat global
Perang di Ukraine telah mewujudkan "krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini. Kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken, Rusia dan Ukraine menghasilkan satu pertiga daripada bekalan gandum dunia, dan kehilangan komoditi akibat perang telah mengakibatkan harga makanan melambung tinggi dan ketidakpastian tentang masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara miskin.

HFMD: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda, 2,834 kes dilaporkan
Sabah merekodkan tren peningkatan HFMD 51 kali ganda iaitu 2,834 kes setakat 16 Mei berbanding 55 kes tahun lalu.

Kesan Bencana | PM umum bantuan RM200 kepada pesawah
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara yang turut terjejas pendapatan setiap kali berlakunya bencana alam. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan kepada pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

AWANI Ringkas: Henti budaya orang tengah | Tiada lagi sekatan besar-besaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ustaz Kazim Elias mohon bantuan ubati penyakit 'misteri'
Beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.

COVID-19: 17,045 kes baharu, rekod tertinggi negara, jumlah kumulatif cecah 1 juta
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini sudah mencecah satu juta.

Jepun rancang lepas 1 juta tan air terawat loji nuklear Fukushima ke laut
Yoshihide Suga menegaskan pelepasan air terawat itu selamat kerana telah diproses untuk menyingkirkan hampir semua unsur radioaktif.

Kerugian akibat banjir di Johor cecah RM63.1 juta
Nilai kerugian itu meliputi harta benda dan kemudahan awam.

6 anggota sindiket termasuk 3 sekeluarga ditahan, polis rampas dadah RM8.1 juta
Polis menahan enam individu termasuk tiga sekeluarga iaitu ketua sindiket serta ibunya, selain isterinya warga Thailand.

COVID-19: India catat jumlah kes harian tertinggi
Kementerian Kesihatan India melaporkan 543 kes kematian dalam tempoh 24 jam dengan keseluruhan 26,816 kes.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia cecah 9 juta
Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1 juta kes dengan 1.08 juta.

Kematian George Floyd: Bekas anggota polis dikenakan ikat jamin AS$1 juta
Derek Chauvin hadir di mahkamah dengan memakai topeng muka dan tiada pengakuan direkodkan.

Kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini cecah 6 juta
Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan lebih 200,000 kes.

COVID-19: AS negara tertinggi kes jangkitan melebihi 1 juta
Lebih daripada 1 juta kes COVID-19 dikesan di Amerika Syarikat (AS) menjadikannya paling banyak dilaporkan di dunia.

Kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia cecah 1 juta
Menurut data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 dengan angka korban terbesar dicatat di Itali, diikuti Sepanyol dan AS.