YANGON:Kes membabitkan Presiden Myanmar U Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi akan dilaksana selaras dengan undang-undang, kata seorang pegawai kanan tentera pada sidang media di Nay Pyi Taw pada Selasa.
"Aung San Suu Kyi dan U Win Myint ditahan di tempat yang selamat dan berada dalam keadaan sihat," kata ketua pasukan media Majlis Pentadbiran Negeri dan timbalan menteri maklumat Brigadier Jeneral Zaw Min Tun, pada sidang media pertama majlis itu selepas kuasa negara diserahkan kepada Panglima Angkatan Tentera Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing.
Beberapa urusan perlu ditangani dengan mengambil tindakan undang-undang dan majlis tidak akan melakukan perkara yang melampaui undang-undang, menurut Min Tun lapor Agensi Berita Xinhua.
Perbicaraan mahkamah maya pertama Presiden dan Suu Kyi, yang direman dalam tahanan, diadakan pada Selasa, kata peguam kedua-dua pemimpin, Khin Maung Zaw, kepada Xinhua.
Suu Kyi awalnya didakwa di bawah Undang-Undang Eksport dan Import, manakala satu kes tambahan diajukan kemudian terhadapnya kerana melanggar Undang-Undang Pengurusan Bencana Alam. Presiden juga dituduh melanggar Undang-undang Pengurusan Bencana Alam, kata peguam itu.
BACA: Suu Kyi berdepan pertuduhan jenayah kedua
BACA: Aung San Suu Kyi didakwa import walkie-talkie secara haram
Perbicaraan berikutnya akan diadakan pada 1 Mac, kata peguam itu.
Perintah darurat dikenakan selama setahun di negara itu setelah tentera Myanmar pada 1 Februari melancarkan rampasan kuasa dan menahan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint, dari Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) atas tuduhan menipu undi ketika 8 November.
Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan Myanmar menolak tuduhan itu.
Awal bulan ini, Majlis Pentadbiran Negeri membuat perubahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan, untuk menyemak semula proses pilihan raya umum.
BACA: Tentera Myanmar serbu ibu pejabat parti pimpinan Suu Kyi - NLD
BACA: Aung San Suu Kyi dan pemimpin kanan NLD ditahan
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 17 2021
Penunjuk perasaan menyatakan sokongan kepada tindakan PBB dan AS terhadap tentera Myanmar semasa tunjuk perasaan menentang rampasan kuasa tentera di Yangon, Myanmar, 16 Feb, 2021. (Foto AP)
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Myanmar sedia bekerjasama dengan ASEAN selaras dengan piagam - Ketua tentera
Ketua tentera Myanmar menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi mencapai penyelesaian damai di negara Asia Tenggara yang dilanda kekacauan itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.
Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Tiada bukti mengaitkan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.