Kes Zika di Singapura meningkat ke 151, wanita hamil kedua dijangkiti

Agensi
September 1, 2016 15:30 MYT
Singapura adalah satu-satunya negara Asia yang merekodkan jangkitan aktif virus Zika. - Gambar fail
Pemerintah Singapura pada Khamis telah mengenal pasti 31 lagi kes jangkitan Zika tempatan, termasuk yang melibatkan wanita hamil kedua.
Reuters melaporkan, jumlah terbaharu itu menjadikan angka kes keseluruhannya meningkat ke 151.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan republik itu, daripada 31 kes tersebut, tiga kes tidak mempunyai kaitan dengan kluster penghidap sebelumnya.
Singapura adalah satu-satunya negara Asia yang merekodkan jangkitan aktif daripada virus bawaan nyamuk itu, yang sangat membawa risiko kepada wanita hamil.
BACA: Zika: Kerajaan Johor tingkat kawalan di enam pintu masuk Johor Bahru
BACA: Zika masuk Malaysia: Wanita Klang sah dijangkiti, kes pertama di negara ini
VIDEO: Singapura nasihat wanita hamil lalani ujian kesan Zika
#angka jangkkitan #jangkitan Zika #Singapura #virus Zika #Zika