INTERNATIONAL
Kesan kebuluran makin ketara di Gaza, hospital hadapi krisis bekalan darah
Kebuluran berpanjangan di Gaza telah menyebabkan kes anemia meluas, sehingga ramai penduduk tidak lagi mampu menderma darah, mengakibatkan hospital kekurangan bekalan darah kritikal. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Kesan kebuluran semakin jelas kelihatan pada anggota tubuh penduduk Palestin di Gaza.
Ringkasan AI
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Khalil al-Degran, kebuluran berpanjangan telah menyebabkan anemia yang meluas dalam kalangan penduduk, sehingga mereka tidak lagi mampu menderma darah.
Akibatnya, hospital kini berdepan dengan kekurangan bekalan darah yang kritikal, pada masa sama terpaksa merawat pesakit yang mengalami kecederaan serius akibat serangan udara Israel.
Menurut laporan terkini, lebih separuh daripada populasi Gaza menghadapi kekurangan makanan yang teruk, dengan 500,000 orang berada dalam keadaan kebuluran yang kritikal.
Keadaan ini semakin memburuk sejak Israel mengenakan sekatan penuh terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan dan ubat-ubatan, ke wilayah tersebut.
Organisasi kemanusiaan dan badan antarabangsa telah berulang kali menggesa Israel untuk membuka semula laluan bantuan bagi membolehkan bekalan makanan dan perubatan sampai kepada penduduk yang terjejas.
Namun, sehingga kini, sekatan masih berterusan, menyebabkan keadaan semakin genting.
Dalam perkembangan berkaitan, laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa lebih 57 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kesan kekurangan zat makanan sejak sekatan bermula.
Pakar perubatan memberi amaran bahawa tanpa tindakan segera, angka kematian akibat kebuluran dijangka terus meningkat dalam beberapa minggu akan datang.
Masyarakat antarabangsa kini berdepan dengan desakan untuk bertindak segera bagi menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.
Ringkasan AI
- Kebuluran berpanjangan di Gaza telah menyebabkan kes anemia meluas, sehingga ramai penduduk tidak lagi mampu menderma darah, mengakibatkan hospital kekurangan bekalan darah kritikal.
- Lebih separuh populasi Gaza kini mengalami kekurangan makanan teruk, dengan 500,000 orang berada dalam keadaan kebuluran kritikal akibat sekatan penuh Israel terhadap bantuan kemanusiaan.
- WHO melaporkan lebih 57 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan, dan pakar memberi amaran bahawa angka kematian dijangka terus meningkat jika tiada tindakan segera diambil oleh masyarakat antarabangsa.