Kesemua 39 mayat ditemui dalam lori kontena warganegara China - Polis UK

Agensi
Oktober 24, 2019 14:25 MYT
Siasatan mendedahkan lori yang membawa mayat itu menggunakan jalan berlainan sebelum bertemu di Taman Perindustrian Waterglade di Grays di mana lokasi lori kontena itu ditemui pada Rabu. Foto: AP
PIHAK polis United Kingdom mengesahkan kesemua 39 mayat yang ditemui dalam lori kontena di Essex, England merupakan warganegara China.
Polis turut mengesahakan 31 daripada mayat tersebut adalah lelaki, manakala lapan daripadanya adalah wanita.
Siasatan mendedahkan lori yang membawa mayat itu menggunakan jalan berlainan sebelum bertemu di Taman Perindustrian Waterglade di Grays di mana lokasi lori kontena itu ditemui pada Rabu.
Memetik laporan AP, polis British percaya kontena itu tiba dari pelabuhan Zeebrugge ke Purfleet, England.
Terdahulu, pemandu lori tersebut, seorang lelaki berusia 25 tahun dari Ireland Utara ditahan bagi membantu siasatan.
BACA: Polis UK temui 39 mayat dalam lori kontena
Bagaimanapun, nama dan tuduhan terhadap suspek masih belum didedahkan.
Pada masa sama, Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson berikrar ketika berucap di Parlimen akan memastikan suspek yang membawa kesemua mangsa itu akan mendapat hukuman yang setimpal.
#Boris Johnson #China #lori kontena #mayat dalam lori kontena #polis #United Kingdom #warganegara China