awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesesakan di pusat pemeriksaan darat, tangguh perjalanan tidak penting - ICA Singapura

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
21/03/2025
06:32 MYT
Kesesakan di pusat pemeriksaan darat, tangguh perjalanan tidak penting - ICA Singapura
Kesesakan lalu lintas bermula sejak awal cuti sekolah pada Mac dan diburukkan lagi oleh peningkatan monsun yang melanda Singapura. - Gambar fail
SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menasihatkan pengembara negara itu supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting menerusi pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas hujung minggu ini berikutan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di kedua-dua arah masuk dan keluar.
Menurut ICA, kesesakan lalu lintas bermula sejak awal cuti sekolah pada Mac dan diburukkan lagi oleh peningkatan cuaca monsun yang melanda Singapura.
"Hujan berterusan sejak dua hari lalu akibat peningkatan monsun turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di pusat pemeriksaan darat.
“Pemandu kenderaan dan motosikal terpaksa menunggu lebih dua jam untuk pemeriksaan imigresen," menurut kenyataan ICA dalam satu hantaran di Facebook.
Bagi mereka yang masih ingin meneruskan perjalanan, ICA menasihatkan supaya bersedia menghadapi kelewatan serta memeriksa keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan.
ICA turut mengingatkan pemandu untuk menggelakkan memotong barisan, susulan beberapa laporan kemalangan jalan raya dalam tempoh dua hari lalu akibat penglihatan terhad ketika hujan lebat.
Hujan lebat melanda beberapa kawasan di Singapura pada 19 dan 20 Mac, menyebabkan kejadian banjir kilat di beberapa lokasi.
Monsun dijangka berlarutan hingga Jumaat, membawa hujan sederhana hingga lebat yang diramalkan meliputi seluruh negara.
Topic Berkaitan
#ICA
#banjir
#kesesakkan
#Tambak Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan