awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar

Bernama
Bernama
20/02/2025
15:05 MYT
Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Anwar berkata dalam lawatan rasmi ke Bahrain, beliau berkesempatan menghadap Seri Paduka Baginda sebanyak dua kali di sini. - FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
MANAMA (BAHRAIN): Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata dalam lawatan rasmi ke Bahrain, beliau berkesempatan menghadap Seri Paduka Baginda sebanyak dua kali di sini.
"Alhamdulilah, rawatan konservatif di peringkat awal itu nampak berhasil walaupun harus dipantau.
"Kesihatan Seri Paduka Baginda jauh lebih baik dan oleh itu sebelum meneruskan rawatan berikutnya Seri Paduka Baginda telah putuskan untuk pulang dahulu esok dan insya-Allah meneruskan rawatan jika perlu.
"Tetapi kita bersyukur kerana keadaan Seri Paduka Baginda jauh lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa dan akan berlepas pulang ke ibu negara, 5 petang waktu tempatan.
Semalam, menerusi catatan dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Perdana Menteri dilaporkan telah mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda.
Sehari sebelumnya, Istana Negara memaklumkan Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada 21 Feb ini.
Kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo.
Pada 7 Feb lepas, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan pelantikan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu, Anwar berkata perkara berkenaan telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda.
"Tetapi seperti mana yang saudara tahu, sehingga hal ini disahkan, (baru) kita akan umumkan," katanya.
Anwar sebelum ini dilapor berkata kerajaan telah mempunyai calon bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang telah tamat perkhidmatan bagi tempoh dua tahun sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Perdana Menteri turut dilapor berkata kerajaan kini dalam fasa mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan akan dilakukan dalam masa terdekat.
Mohamed Nazri mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat pada 9 Feb 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar, pemilihan (Mohamed Nazri) itu berdasarkan pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Istana Negara
#lawatan rasmi
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan