awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan di Laut Merah berbahaya - Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2024
03:20 MYT
Ketegangan di Laut Merah berbahaya - Arab Saudi
Putera Faisal bin Farhan menyeru agar ketegangan itu dikurangkan kerana ia mengundang bahaya di rantau berkenaan. - Foto X/@AJEnglish
WASHINGTON: Arab Saudi melahirkan kebimbangan berhubung ketegangan di Laut Merah yang boleh meningkatkan konflik di rantau itu.
Justeru, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan menyeru agar ketegangan itu dikurangkan kerana ia mengundang bahaya di rantau berkenaan.
Serangan oleh kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran ke atas kapal-kapal di dalam dan sekitar Laut Merah sejak beberapa minggu lalu telah memperlahankan perdagangan antara Asia dan Eropah dan mencemaskan kuasa besar dalam peningkatan perang di Gaza.
Putera Faisal berkata, Arab Saudi percaya kepada kebebasan pelayaran dan mahu ketegangan di rantau itu dikurangkan.
Katanya, Arab Saudi perlu melindungi keselamatan dan kestabilan rantau itu dan fokus kini adalah untuk mengurangkan ketengangan.
Houthi, yang menguasai sebahagian besar Yaman berkata, serangan mereka adalah sebagai solidariti dengan rakyat Palestin yang diserang Israel di Gaza.
Sejak minggu lalu, Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan terhadap Houthi di Yaman dan minggu ini mengembalikan kumpulan itu ke senarai kumpulan 'pengganas'.
Konfrontasi itu berisiko meluaskan konflik di luar Gaza yang ditadbir Hamas, di mana Kementerian Kesihatan tempatan mengatakan lebih 24,000 orang telah terbunuh dalam serangan Israel.
Topic Berkaitan
#Putera Faisal bin Farhan
#Houthi
#Laut Merah
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan