awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan di selat Taiwan: Thailand gesa semua pihak elak sebarang provokasi

Bernama
Bernama
03/08/2022
22:45 MYT
Ketegangan di selat Taiwan: Thailand gesa semua pihak elak sebarang provokasi
Thailand berpegang teguh kepada Dasar Satu China dan tidak mahu melihat sebarang tindakan yang akan memburukkan lagi situasi. - Gambar hiasan
BANGKOK: Thailand menggesa semua pihak mengelak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menyelesaikan perselisihan secara aman susulan ketegangan yang memuncak di selat Taiwan selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata Thailand mengikuti rapat perkembangan terkini berhubung situasi di selat itu.
"Thailand berpegang teguh kepada Dasar Satu China. Kami tidak mahu melihat sebarang tindakan yang akan memburukkan lagi situasi dan menjejaskan keamanan serta kestabilan di rantau ini.
"Kami berharap semua pihak yang terlibat dapat mematuhi undang-undang antarabangsa dan mengamalkan prinsip menghormati kedaulatan dan integriti wilayah, serta menyelesaikan pertikaian secara damai," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ketegangan meningkat di selat Taiwan dengan China, AS dan Taiwan meningkatkan penempatan tentera di rantau itu selepas lawatan Pelosi.
Pelosi merupakan ahli politik AS berpangkat tertinggi yang melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Nancy Pelosi melawat Taiwan
#Tanee Sangrat
#ketegangan di selat Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan