DUNIA

Ketepi kekecewaan, bantu kelancaran peralihan kuasa - Obama

Agensi 10/11/2016 | 06:32 MYT
OBAMA: Saya mahu memastikan peralihan kuasa ini berlangsung dengan sempurna kerana kita dalam kumpulan yang sama. -Gambar fail
Presiden Barack Obama pada Rabu menggesa penyokong Demokrat untuk mengetepikan kekecewaan mereka susulan kemenangan calon Republikan Donald Trump pada pilihan raya presiden selain memastikan kelancaran peralihan kuasa.

"Kita mengharapkan kejayaan beliau dalam menyatu padu dan memimpin negara," kata Obama selepas kempen sengit membantu calon Demokrat Hillary Clinton.


"Saya mahu memastikan peralihan kuasa ini berlangsung dengan sempurna kerana kita dalam kumpulan yang sama," kata Obama.


Obama dalam pada itu menjemput Trump ke Oval Office di White Office pada Khamis bagi membantu proses peralihan kuasa.

#Barack Obama #calon Demokrat #calon Republikan Donald Trump #Hillary Clinton #penyokong Demokrat