[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Ketidaktentuan tarif AS berisiko jejas pertumbuhan global - Ketua IMF

Bernama 01/04/2025 | 21:00 MYT
Georgieva berkata ketidaktentuan yang berpanjangan boleh memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS) berisiko menjejaskan aktiviti ekonomi global, kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva pada Isnin.
Lebih lama ketidaktentuan mengenai pendekatan Presiden AS Donald Trump terhadap dasar tarif berterusan, semakin besar risiko terhadap prospek ekonomi, lapor Xinhua yang memetik Reuters.
"Penemuan penyelidikan kami menunjukkan bahawa ketidaktentuan yang berpanjangan boleh memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan," katanya dalam temu bual bersama Reuters.
IMF melihat tanda-tanda dalam data terkini bahawa keyakinan pengguna dan pelabur semakin merosot, yang boleh memberi kesan kepada prospek pertumbuhan yang mungkin cukup untuk mencetuskan "pembetulan kecil" ke bawah dalam unjuran pertumbuhan global IMF, katanya.
Trump sebelum ini mengumumkan pelbagai ancaman tarif, dengan sebahagiannya telah dikuatkuasakan dan lebih banyak dijangka diumumkan pada Rabu.
--BERNAMA-XINHUA
#Kristalina Georgieva #ketidaktentuan tarif AS #pertumbuhan global #IMF