DUNIA

Ketua Amnesty desak EU gantung perjanjian perdagangan dengan Israel

Astro Awani 18/10/2025 | 00:00 MYT
Lebih 180 organisasi sokong gesaan, dengan Human Rights Watch menyeru sekatan ekonomi untuk menamatkan amalan apartheid. - Foto X/Agnes Callamard
BRUSSELS: Setiausaha Agung Amnesty International, Agnès Callamard, menggesa Kesatuan Eropah (EU) supaya segera menggantung Perjanjian Perdagangan EU-Israel susulan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan di Gaza.


Ringkasan AI
  • Ketua Amnesty gesa EU gantung perjanjian perdagangan dengan Israel, susulan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia di Gaza.
  • Callamard kecam keengganan EU bertindak, menyifatkannya sebagai "pengkhianatan kejam" terhadap prinsip undang-undang antarabangsa.
  • Lebih 180 organisasi sokong gesaan, dengan Human Rights Watch menyeru sekatan ekonomi untuk menamatkan amalan apartheid.


Dalam kenyataan rasmi, Callamard menyifatkan keengganan EU untuk bertindak sebagai satu “pengkhianatan kejam dan tidak sah” terhadap prinsip undang-undang antarabangsa dan nilai teras Eropah.

Beliau menuduh pemimpin EU memberi “lampu hijau” kepada Israel untuk meneruskan tindakan ketenteraan yang didakwa sebagai jenayah terhadap rakyat Palestin.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Perjanjian EU-Israel yang dimeterai di bawah Persetujuan Perkongsian menekankan kepentingan hak asasi manusia sebagai elemen utama.

Namun, Amnesty dan lebih 180 organisasi hak asasi serta kesatuan pekerja menyatakan bahawa Israel kini berada dalam “ketidakpatuhan serius” terhadap Artikel 2 perjanjian tersebut.

Gesaan ini muncul ketika EU sedang menilai semula hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel, di tengah tekanan antarabangsa yang semakin meningkat berikutan jumlah korban awam yang tinggi di Gaza.

Human Rights Watch turut menyokong langkah penggantungan, menyatakan bahawa langkah ekonomi dan sekatan perdagangan diperlukan untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan menamatkan amalan apartheid.








#amnesty #EU #Israel #perjanjian perdagangan