[TERKINI] SARA RM100 untuk Warganegara 18 Tahun ke Atas: Tebus Guna MyKad – Baca Panduan Penuh Di Sini
DUNIA

Ketua baharu Hezbollah, Naim Qaseem akan ‘kuatkan’ pertahanan - Presiden Iran

Astro Awani 29/10/2024 | 22:30 MYT
Presiden Masoud Pezeshkian (kanan) berkata, pelantikan Naim Qassem menggantikan Hassan Nasrallah sebagai ketua Hezbollah akan "menguatkan" lagi pertahanan.
PRESIDEN Iran, Masoud Pezeshkian berkata, pelantikan Naim Qassem menggantikan Hassan Nasrallah sebagai ketua Hezbollah akan "menguatkan" lagi pertahanan.

Pezeshkian menyatakan keyakinan beliau bahawa pelantikan Qassem "akan menguatkan kehendak penentangan" sambil mengharapkan "pemberhentian pencerobohan oleh rejim haram Zionis dan penubuhan keamanan, kedamaian dan keselamatan di Gaza, Lubnan, dan seluruh wilayah", menurut ke laman webnya.

Pada Selasa, Hezbollah mengumumkan Qassem sebagai ketua baharunya.

Qassem yang berusia 71 tahun sering dirujuk sebagai orang "nombor dua" dalam Hezbollah.

Beliau merupakan sarjana Islam yang mengasaskan kumpulan itu pada awal 1980-an dan mempunyai sejarah panjang dalam aktivisme politik Syiah.






#Presiden Iran #Masoud Pezeshkian #ketua Hezbollah #Naim Qassem