Skip to main content

Dunia

Ketua baharu OIC, Timbalan PM Pakistan bincang usaha perkukuh OIC

[TB]_Ould Cheikh Ahmed Ishaq Dar_FB French Embassy_REUTERS
Ismail (kiri) dan Ishaq berikrar mempergiat penyelarasan bagi mengukuhkan peranan OIC dalam menghadapi cabaran keamanan dan keselamatan serantau. REUTERS
Advertisement

HYDERABAD: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ismail Ould Cheikh Ahmed dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar berikrar untuk mempergiat penyelarasan bagi mengukuhkan peranan global blok yang dianggotai 57 negara itu dalam menghadapi cabaran keamanan dan keselamatan serantau.

Kedua-dua pihak membincangkan perkara itu menerusi perbualan telefon pada Khamis, dengan Dar mengucapkan tahniah kepada Ismail atas pemilihannya secara konsensus pada 27 Ogos serta menegaskan semula komitmen Pakistan terhadap OIC.

Ismail turut mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah oleh Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye, sambil menyifatkannya sebagai penting bagi keamanan dan keselamatan serantau, menurut Kementerian Luar Pakistan.

OIC memaklumkan kedua-dua pihak membincangkan langkah untuk “mempergiat penyelarasan dua hala” bagi memperkukuh peranan global pertubuhan itu, persediaan bagi sesi ke-52 Majlis Menteri-Menteri Luar serta perkembangan politik dan keselamatan terkini di rantau itu.

 

Mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran terhadap keamanan dan keselamatan serantau, sambil menekankan keperluan untuk dialog dan kerjasama berterusan ketika rantau itu melalui apa yang disifatkan OIC sebagai “fasa kritikal”.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement