awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua balai polis letak jawatan selepas ditahan curi tisu tandas

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2021
01:15 MYT
Ketua balai polis letak jawatan selepas ditahan curi tisu tandas
Penyiasat menggeledah kediaman Tanaka dan menjumpai 13 gulung tisu tandas dari bilik air pusat beli-belah berkenaan. -Gambar hiasan
SAITAMA: Ketua Balai Polis Fukaya di Jepun meletak jawatan selepas didakwa mencuri tisu tandas dari sebuah bilik air pasar raya bulan lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 8 malam pada 29 Mei, Takashi Tanaka, 60, didakwa mencuri lima gulung tisu tandas yang bernilai sekitar 170 yen (kira-kira RM6.40) dari bilik air sebuah pusat membeli-belah berhampiran Stesen JR Konosu.
Menurut kenyataan polis pada Khamis, kejadian berlaku ketika Tanaka kembali ke kediaman rasminya di bandar Konosu selepas minum di tempat letak kereta di sebuah kedai runcit, lapor TBS News.
"Saya menghidap penyakit kronik.
"Selepas minum, saya bimbang bila saya akan pulang.
"Jadi saya curi tisu tandas itu untuk kegunaan sendiri," kata Tanaka.
Penyiasat menggeledah kediaman Tanaka dan menjumpai 13 gulung tisu tandas dari bilik air pusat beli-belah berkenaan.
Tanaka dikenakan hukuman pemotongan gaji selama satu bulan, namun dia memilih untuk melepaskan jawatan pada hari sama.
"Saya minta maaf atas pengkhianatan kepercayaan ini," kata Tanaka lagi ketika mengumumkan pelatakan jawatannya.
Polis dalam pada itu merancang untuk membawa kes Tanaka kepada pendakwa raya.
Topic Berkaitan
#curi tisu tandas
#ketua balai polis
#Takashi Tanaka
#Balai Polis Fukaya
#Stesen JR Konosu
#pusat membeli-belah
#pengkhianatan kepercayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan