DUNIA
Ketua hak asasi manusia PBB desak perlindungan pegawai ICC susulan sekatan baharu AS
TURK: Mereka yang menjalankan dokumentasi, siasatan dan pendakwaan ke atas pelanggaran serius undang-undang antarabangsa tidak seharusnya bekerja dalam ketakutan. - Gambar fail/REUTERS
GENEVA: Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis berkata tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan tambahan terhadap hakim dan timbalan pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) seharusnya mendorong masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah melindungi mereka, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Tindakan balas AS yang semakin berterusan terhadap institusi antarabangsa dan pegawainya mesti dihentikan," kata Volker Turk dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan, menyekat hakim dan pendakwa raya di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa kerana melaksanakan mandat mereka selaras dengan undang-undang antarabangsa adalah satu "serangan terhadap kedaulatan undang-undang dan merosakkan keadilan."
Turk menggesa penarikan balik sekatan terhadap dua hakim dan dua timbalan pendakwa raya yang dinamakan pada Rabu, serta empat lagi hakim dan seorang pendakwa raya yang dinamakan sebelum ini, termasuk sekatan terhadap pelapor khas PBB yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia mengenai situasi di wilayah Palestin yang diduduki.
"Sementara itu, saya menggesa setiap negara untuk mengambil langkah segera melindungi kesemua mereka, termasuk dengan menggalakkan syarikat yang beroperasi dalam bidang kuasa mereka agar tidak melaksanakan sekatan ke atas individu terbabit," katanya.
"Setiap negara harus tampil mempertahankan institusi yang mereka sendiri wujudkan bagi menegakkan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Mereka yang menjalankan dokumentasi, siasatan dan pendakwaan ke atas pelanggaran serius undang-undang antarabangsa tidak seharusnya bekerja dalam ketakutan," kata Turk.
-- BERNAMA