DUNIA
Ketua hak asasi manusia PBB seru pendekatan berasaskan hak asasi dalam pemulihan Gaza
Volker Turk berkata, gencatan senjata perlu menjadi landasan kepada keselamatan yang mampan. - Gambar/ Bernama
GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk pada Jumaat menyeru semua pihak agar menjadikan hak asasi manusia sebagai teras dalam usaha membangunkan semula Gaza serta mewujudkan keamanan yang berkekalan, sambil menegaskan bahawa gencatan senjata perlu menjadi landasan kepada keselamatan yang mampan.
Ringkasan AI
Beliau menekankan bahawa walaupun terdapat kelegaan di seluruh dunia terhadap tanda-tanda berakhirnya peperangan dan penderitaan kemanusiaan, masih banyak usaha diperlukan untuk memastikan keamanan yang berkekalan, keadilan serta kebertanggungjawaban terhadap pelanggaran serius hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa sepanjang dua tahun lalu, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Beliau turut menyeru agar semua rakyat Palestin dilibatkan sepenuhnya dalam proses membuat keputusan tanpa mengira umur, jantina atau ketidakupayaan, serta memastikan pemulihan akses kepada makanan, air bersih, tempat tinggal, rawatan perubatan dan pendidikan, termasuk melindungi hak kanak-kanak untuk bermain dan hidup dalam keselamatan.
Pesuruhjaya Tinggi itu menegaskan bahawa hak asasi manusia mesti menjadi panduan kepada proses politik dan usaha mencapai penyelesaian dua negara selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB, mandat Perhimpunan Agung, syor Majlis Hak Asasi Manusia, Deklarasi New York serta pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang berkaitan.
Turk juga menekankan kepentingan pemantauan dan pelaporan pelanggaran bagi menyokong langkah akauntabiliti semasa dan masa depan, mencegah kekebalan daripada tindakan undang-undang serta menghalang pelanggaran lanjut, di samping melindungi pihak yang melaporkan daripada ancaman atau tindakan balas.
Beliau turut menegaskan keperluan untuk memastikan akses tanpa sekatan bagi bantuan kemanusiaan, petugas antarabangsa, wartawan, pekerja perlindungan serta pemerhati hak asasi manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan bebas di seluruh Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk menyeru agar hak asasi manusia dijadikan teras dalam usaha membangunkan semula Gaza dan mewujudkan keamanan berkekalan, dengan gencatan senjata sebagai asas keselamatan mampan.
- Beliau menekankan keperluan keadilan, kebertanggungjawaban terhadap pelanggaran hak asasi manusia, serta penglibatan penuh rakyat Palestin dalam proses membuat keputusan, termasuk pemulihan akses kepada keperluan asas dan perlindungan hak kanak-kanak.
- Turk turut menuntut akses tanpa sekatan bagi bantuan kemanusiaan, petugas antarabangsa, wartawan dan pemerhati hak asasi manusia, serta pemantauan pelanggaran bagi menyokong akauntabiliti dan mencegah kekebalan undang-undang.