awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua NATO: Imbangan kuasa di Indo-Pasifik kini beralih pantas

Bernama
Bernama
31/01/2023
22:10 MYT
Ketua NATO: Imbangan kuasa di Indo-Pasifik kini beralih pantas
Stoltenberg berkata kedudukan perikatan itu di Taiwan tidak berubah sambil menggesa penyelesaian aman untuk masalah itu. - Foto AP
ANKARA: Ketua NATO pada Selasa berkata imbangan kuasa kini pantas beralih di Indo-Pasifik.
Bercakap pada sidang akhbar bersama selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Kishida Fumio di Tokyo, Jens Stoltenberg berkata: "Dunia berada pada titik perubahan sejarah dalam persekitaran keselamatan yang paling teruk dan kompleks sejak berakhirnya Perang Dunia II."
Beliau berkata keselamatan Euro-Atlantik dan Indo-Pasifik berkait rapat dan keadaan ini memerlukan pengukuhan kerjasama antara Jepun dan perikatan itu, lapor Agensi Anadolu.
NATO dan Jepun berpandangan bahawa perubahan unilateral status quo secara paksaan tidak boleh diterima di mana-mana bahagian dunia, katanya.
Stoltenberg menekankan bahawa pakatan itu menentang keras sebarang percubaan unilateral untuk mengubah status quo secara paksaan di Laut China Timur dan memberi amaran tentang peningkatan keupayaan ketenteraan China.
"Mengenai pengukuhan pesat keupayaan ketenteraan China dan pengembangan aktiviti ketenteraannya, kami menggalakkan China untuk meningkatkan ketelusan dan bekerjasama secara konstruktif dengan usaha antarabangsa untuk kawalan dan pelucutan senjata," katanya.
Menurut Agensi Anadolu, Stoltenberg berkata kedudukan perikatan itu di Taiwan tidak berubah sambil menggesa penyelesaian aman untuk masalah itu.
Mengenai Korea Utara, beliau berkata: "Kami menggesa Korea Utara mematuhi sepenuhnya semua resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan dan menghentikan program senjata nuklear sedia ada serta sebarang senjata pemusnah besar-besaran selain program peluru berpandu balistik secara lengkap, boleh disahkan dan dalam cara ia tidak lagi dapat digunakan semula."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATO
#imbangan kuasa
#Indo-Pasifik
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan