INTERNATIONAL
Ketua parti tertekan susulan kejutan Reform UK dalam pilihan raya tempatan
Pemimpin Buruh mendesak Starmer untuk menukar strategi selepas Reform UK memenangi beberapa pilihan raya kecil. - Gambar/ Reuters
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer dan ketua pembangkang Kemi Badenoch berdepan tekanan untuk mengubah nasib parti masing-masing susulan prestasi mengejut Reform UK dalam pilihan raya tempatan di seluruh England, lapor agensi berita Jerman dpa.
Ringkasan AI
Ketua Reform UK Nigel Farage menyifatkan keputusan itu sebagai "penghujung politik dua parti" dan "kematian Parti Konservatif" selepas parti itu merampas 10 majlis perbandaran dan lebih 600 kerusi dalam pemilihan pada Khamis.
Beberapa pemimpin Konservatif menafikan keputusan itu sebagai ancaman serius terhadap kelangsungan parti, namun hakikatnya parti itu kehilangan lebih 600 ahli majlis dan kesemua 15 majlis yang dikawalnya sebelum pilihan raya - antara keputusan terburuk dalam sejarahnya.
Badenoch memohon maaf kepada ahli majlis Konservatif yang tewas, sambil berikrar: "Saya akan pastikan kita kembali dilihat sebagai alternatif yang diyakini kepada Parti Buruh."
Sementara itu, beberapa pemimpin Buruh turut mendesak Starmer menukar haluan selepas Reform memenangi pilihan raya kecil Runcorn dan Helsby dengan kelebihan enam undi serta mengambil alih pentadbiran Majlis Doncaster daripada Parti Buruh.
Ahli Parlimen barisan belakang, Emma Lewell (South Shields) berkata adalah tidak kena pada waktunya untuk terus menegaskan bahawa parti perlu "bergerak lebih jauh dan pantas dalam pelan perubahan."
"Apa yang diperlukan ialah pelan yang baharu," katanya.
Ahli Parlimen baharu bagi Alloa dan Grangemouth, Brian Leishman pula berkata: "Sepuluh bulan pertama tidak mencerminkan kehendak rakyat. Jika taraf hidup tidak diperbaiki, kerajaan seterusnya mungkin datang daripada haluan kanan ekstrem."
Namun, dalam tulisannya di The Times, Starmer menyatakan terdapat "bukti nyata bahawa keadaan sedang beralih ke arah yang betul," meskipun beliau mengakui rakyat belum merasai manfaatnya.
"Saya amat sedar bahawa rakyat masih belum merasai kesannya. Itulah yang mereka sampaikan kepada kami malam tadi.
"Sehingga mereka merasainya, saya akan bangun setiap pagi dengan tekad untuk terus mara lebih jauh dan pantas."
Perdana Menteri turut memberi amaran terhadap parti-parti yang menawarkan "penyelesaian ideologi mudah," sambil menambah: "Pengajaran daripada pilihan raya ini bukanlah bahawa negara perlukan lebih banyak janji ahli politik atau semangat ideologi.
"Bukan juga penyelesaian mudah seperti yang dijanjikan lawan kita. Sebaliknya, inilah masanya untuk memperhebat usaha membina negara yang diidamkan rakyat."
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Keir Starmer dan Kemi Badenoch menghadapi tekanan selepas prestasi mengejut Reform UK dalam pilihan raya tempatan di England. Reform UK merampas banyak kerusi dan majlis perbandaran.
- Badenoch berjanji untuk mengembalikan kepercayaan kepada Parti Konservatif. Pemimpin Buruh mendesak Starmer untuk menukar strategi selepas Reform UK memenangi beberapa pilihan raya kecil.
- Starmer mengatakan keadaan sedang berubah, tetapi rakyat belum merasai manfaatnya. Beliau memberi amaran terhadap penyelesaian mudah dan menekankan usaha membina negara yang diidamkan rakyat.