DUNIA
Ketua PBB beri amaran tindakan gugat undang-undang antarabangsa
Guterres berkata Piagam PBB adalah satu perjanjian yang mengikat semua negara. - Gambar fail/ Reuters
HAMILTON (Kanada): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu memberi amaran bahawa tindakan mengabaikan undang-undang antarabangsa sedang menghakis orde global, lapor Anadolu Ajansi.
"Piagam PBB adalah asas hubungan antarabangsa, tonggak keamanan, pembangunan mampan dan hak asasi manusia," tulis Guterres di X.
Beliau memberi amaran bahawa kepatuhan terpilih terhadap peraturan global membawa akibat serius, sambil berkata: "Apabila pemimpin bertindak sewenang-wenangnya terhadap undang-undang antarabangsa dan memilih peraturan yang mahu diikuti, mereka sedang menggugat orde global dan mewujudkan duluan yang berbahaya."
"Apabila segelintir individu mampu memesongkan naratif global, mempengaruhi pilihan raya atau menentukan hala tuju perdebatan awam, kita berdepan ketidaksamaan serta kerosakan institusi dan nilai bersama," tambahnya.
Menekankan tanggungjawab kolektif, Guterres berkata: "Piagam ini adalah satu perjanjian yang mengikat kita semua. Semua negara mesti mematuhinya, sepenuhnya dan dengan setia."
-- BERNAMA