DUNIA

Ketua PBB bimbang keputusan Israel mahu kuasai Gaza

Agensi 08/08/2025 | 22:50 MYT
Guterres sekali lagi menggesa gencatan senjata kekal akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di seluruh Gaza serta pembebasan semua tebusan yang masih berada dalam tahanan. - Gambar fail Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, pada Jumaat meluahkan rasa “sangat bimbang” terhadap keputusan kerajaan Israel untuk mengambil alih Bandar Gaza.

“Tindakan ini merupakan peningkatan berbahaya dan berisiko memperburuk lagi keadaan yang sudah pun membawa akibat bencana kepada berjuta rakyat Palestin. Ia juga boleh mengancam lebih banyak nyawa, termasuk tebusan yang masih ditahan,” kata Guterres menerusi hantaran di platform X.

Beliau sekali lagi menggesa gencatan senjata kekal, akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di seluruh Gaza serta pembebasan semua tebusan yang masih berada dalam tahanan.

Dalam kenyataan berasingan, jurucakap Guterres turut menggesa Israel mematuhi undang-undang antarabangsa. - Agensi



#Israel kuasai Gaza #Antonio Guterres #ketua PBB #Benjamin Netanyahu