awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB desak hapus semua bentuk diskriminasi kaum

Bernama
Bernama
22/03/2023
14:47 MYT
Ketua PBB desak hapus semua bentuk diskriminasi kaum
Diskriminasi kaum adalah antara elemen yang paling merosakkan dan memecahbelahkan masyarakat, bertanggungjawab terhadap kematian dan penderitaan secara besar-besaran. - Foto AP Photo/Robert Bumsted
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menangani isu perkauman dan menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum.
Guterres membuat kenyataan itu semasa berucap pada Perhimpunan Agung PBB sempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum pada 21 Mac, lapor Xinhua.
Diskriminasi kaum adalah antara elemen yang paling merosakkan dan memecahbelahkan masyarakat, bertanggungjawab terhadap kematian dan penderitaan secara besar-besaran, katanya.
Guterres berkata diskriminasi kaum dan warisan kepada perhambaan serta penjajahan terus merosakkan kehidupan, meminggirkan komuniti dan mengehadkan peluang, menghalang berbilion orang daripada mencapai potensi penuh mereka.
"Xenofobia, prasangka dan ucapan kebencian semakin meningkat," kata Guterres.
Beliau menegaskan bahawa selepas peningkatan kesedaran global terhadap perkauman, beberapa negara mengalami tindak balas yang kejam terhadap dasar dan amalan anti-perkauman.
Ketua PBB itu juga menekankan keperluan untuk menangani isu perkauman dalam era digital, sambil menyatakan bahawa pengaruh ketuanan kulit putih mendapat manfaat daripada isu perkauman di platform media sosial, dan algoritma kecerdasan buatan menguatkan dan mendigitalkan diskriminasi kaum.
"Kita perlu menentang trend ini secara tegas dan mengutuk serta menghapuskan diskriminasi kaum dalam semua bentuk.
"Kita mesti mengambil tindakan menangani isu berkenaan di mana sahaja dan pada bila-bila masa, termasuk melalui saluran undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#PBB
#diskriminasi kaum
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan