awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB desak keadilan iklim, reformasi seni bina kewangan global

Bernama
Bernama
02/09/2025
20:30 MYT
Ketua PBB desak keadilan iklim, reformasi seni bina kewangan global
Guterres berkata, negara-negara Kumpulan 20 (G20) mempunyai tanggungjawab khusus kerana mereka menyumbang 80 peratus pencemaran iklim. - Gambar Reuters
ANKARA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Selasa menggesa reformasi dalam seni bina kewangan antarabangsa dengan penglibatan lebih besar negara membangun yang berada di barisan hadapan berdepan kesan dramatik perubahan iklim, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap pada sidang media bersama Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape, beliau berkata, negara membangun seharusnya diberi peranan lebih besar dalam institusi serta proses membuat keputusan dalam seni bina kewangan global dan pembiayaan iklim, menurut kenyataan PBB.
Guterres yang tiba di Papua New Guinea bagi menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 negara itu, merupakan Setiausaha Agung PBB pertama yang melawat negara kecil di Pasifik itu.
"Dunia sedang melalui saat pergolakan besar - daripada konflik kepada darurat iklim sehinggalah ketidakstabilan ekonomi dan ketidaksamaan," katanya.
Beliau berkata, negara maju "mesti" menunaikan komitmen terhadap pembiayaan iklim, dengan penekanan khusus pada usaha menggandakan dana penyesuaian bagi membolehkan negara serta komuniti membina daya ketahanan.
"Papua New Guinea sejak sekian lama berada di barisan hadapan menuntut keadilan iklim. Negara anda tidak menyumbang kepada perubahan iklim - sebaliknya menyerap CO2 - tetapi berada di garisan pertama menerima kesan dramatiknya," katanya.
Menjelang Persidangan Iklim PBB di Brazil, beliau menegaskan, dunia mesti bergerak lebih pantas untuk mengekalkan had 1.5 darjah.
"Ini bermakna satu titik perubahan segera yang membawa kepada pengurangan drastik pelepasan, sesuatu yang tidak boleh lagi ditangguhkan," tegasnya.
Beliau menambah, negara-negara Kumpulan 20 (G20) mempunyai tanggungjawab khusus kerana mereka menyumbang 80 peratus pencemaran iklim.
Guterres berkata, persidangan di Brazil juga mesti menghasilkan pelan yang boleh dipercayai untuk mencapai sasaran AS$1.3 trilion yang diputuskan di Baku, Azerbaijan, tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#PBB
#keadilan iklim
#dana penyesuaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan