Ketua PBB gesa Israel batalkan larangan terhadap NGO bantuan antarabangsa

Guterres memberi amaran langkah itu akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang dihadapi rakyat Palestin. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, pada Jumaat menggesa Israel supaya menarik balik keputusannya membatalkan lesen operasi puluhan pertubuhan bantuan antarabangsa, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Ringkasan AI
- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mendesak Israel untuk menarik balik keputusan membatalkan lesen operasi pertubuhan bantuan antarabangsa demi mengelak krisis kemanusiaan yang melanda rakyat Palestin.
- Israel memerintahkan pertubuhan bantuan untuk mendaftar, tetapi kebanyakan pertubuhan menolak langkah tersebut kerana dianggap tidak sah, dengan 37 pertubuhan terjejas termasuk Doctors Without Borders dan Oxfam.
- Doctors Without Borders menegaskan bahawa tindakan Israel itu merupakan cubaan untuk menghalang bantuan kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat, serta melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Kementerian Luar Israel pula menyatakan proses pendaftaran bertujuan mencegah penglibatan unsur pengganas dan melindungi integriti kerja kemanusiaan.
Menurut Kementerian Luar Israel, pertubuhan terbabit mesti menghentikan aktiviti mereka menjelang Mac. Arahan itu turut menjejaskan operasi di Semenanjung Gaza, yang sebahagian besarnya musnah akibat perang antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Sebanyak 37 pertubuhan terjejas, termasuk Doctors Without Borders dan Oxfam.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Oxfam bagi pihak 53 pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, kumpulan berkenaan menggesa Israel supaya segera menghentikan proses pembatalan pendaftaran dan menarik balik langkah yang menghalang bantuan kemanusiaan.
Kenyataan itu turut menggesa kerajaan penderma supaya menggunakan segala pengaruh yang ada bagi memastikan penggantungan dan pembatalan tindakan berkenaan.
Ancaman Israel untuk menafikan pendaftaran kepada kumpulan bantuan merupakan satu usaha sinis dan terancang bagi menghalang pertubuhan daripada menyediakan perkhidmatan di Gaza dan Tebing Barat, menurut Doctors Without Borders dalam satu kenyataan berasingan, sambil menegaskan bahawa Israel telah melanggar tanggungjawabnya di bawah undang undang kemanusiaan antarabangsa.
Kementerian Luar Israel pula menyatakan bahawa proses pendaftaran itu bertujuan mencegah penglibatan unsur pengganas dan melindungi integriti kerja kemanusiaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang digesa oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Israel berkenaan lesen operasi pertubuhan bantuan antarabangsa? A: Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, beliau menggesa Israel supaya menarik balik keputusan membatalkan lesen operasi puluhan pertubuhan bantuan antarabangsa.
- Q: Berapakah jumlah pertubuhan bantuan antarabangsa yang terjejas akibat arahan pendaftaran oleh pihak berkuasa Israel? A: Seramai 37 pertubuhan, termasuk Doctors Without Borders dan Oxfam, terjejas akibat arahan pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel.
- Q: Apakah alasan yang diberikan oleh Kementerian Luar Israel untuk arahan pendaftaran yang diberikan kepada pertubuhan bantuan antarabangsa? A: Kementerian Luar Israel menyatakan bahawa proses pendaftaran bertujuan mencegah penglibatan unsur pengganas dan untuk melindungi integriti kerja kemanusiaan.
- Q: Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan bantuan antarabangsa sebagai respons terhadap arahan pendaftaran oleh pihak berkuasa Israel? A: Pertubuhan bantuan antarabangsa, termasuk Oxfam, mengeluarkan kenyataan bersama yang menggesa Israel untuk menghentikan proses pembatalan pendaftaran dan menarik balik langkah yang menghalang bantuan kemanusiaan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

