DUNIA
Ketua PBB puji gencatan senjata Gaza sebagai peluang bersejarah ke arah penyelesaian dua negara
Guterres menekankan bahawa penamatan penempatan haram, ancaman aneksasi dan keganasan pelampau di Tebing Barat adalah syarat penting untuk menjamin masa depan penyelesaian dua negara. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, menyifatkan gencatan senjata yang dicapai antara Israel dan Hamas sebagai “peluang bersejarah” untuk memulakan semula usaha ke arah penyelesaian dua negara yang berkekalan di Asia Barat.
Ringkasan AI
Dalam ucapan kepada Majlis Keselamatan PBB, Guterres menegaskan bahawa konflik berpanjangan di Gaza dan Tebing Barat hanya dapat diselesaikan melalui penubuhan negara Palestin yang merdeka dan wujud secara aman di sisi Israel.
“Tanpa dua negara, tiada keamanan di Asia Barat, dan radikalisme akan terus merebak ke seluruh dunia,” katanya.
Beliau turut mengulangi gesaan agar semua tebusan dibebaskan serta akses kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan diberikan kepada penduduk Gaza.
Guterres menekankan bahawa penamatan penempatan haram, ancaman aneksasi dan keganasan pelampau di Tebing Barat adalah syarat penting untuk menjamin masa depan penyelesaian dua negara.
“Negara Palestin bukan ganjaran, tetapi hak. Menafikan hak ini hanya akan menguatkan ekstremisme,” tegas beliau, sambil menyeru komuniti antarabangsa agar mengambil langkah nyata, terikat masa dan tidak boleh ditarik balik untuk merealisasikan penyelesaian tersebut.
Presiden Perhimpunan Agung PBB, Annalena Baerbock, turut menyokong kenyataan Guterres dan menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan untuk memastikan generasi masa depan rakyat Palestin dan Israel dapat hidup dalam keamanan dan maruah.
Gencatan senjata yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump sebelum ini telah membuka ruang diplomatik baharu, dengan sokongan aktif dari negara-negara seperti Qatar, Mesir dan Turkiye.
PBB kini menyeru agar momentum ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina asas politik yang kukuh dan adil bagi kedua-dua pihak.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Ketua PBB menyifatkan gencatan senjata Israel-Hamas sebagai detik penting untuk memulakan semula usaha ke arah penyelesaian dua negara.
- Guterres tegaskan penubuhan negara Palestin merdeka adalah hak, bukan ganjaran, dan satu-satunya jalan untuk menamatkan radikalisme dan konflik berpanjangan.
- PBB gesa semua pihak manfaatkan momentum diplomatik yang wujud, dengan sokongan Qatar, Mesir dan Turkiye, untuk membina asas politik yang adil dan berkekalan.