DUNIA
Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan
PBB bersedia menyokong usaha yang bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, kata Guterres. - Reuters
ISTANBUL: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Sabtu menyifatkan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai "langkah positif" ke arah mencapai keamanan berkekalan, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, beliau mengalu-alukan perjanjian terbabit sebagai "langkah positif ke arah mengurangkan penderitaan orang awam, menamatkan permusuhan semasa dan mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mencapai keamanan berkekalan."
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi ASEAN Malaysia, China dan Amerika Syarikat atas "usaha mereka menyokong penyelesaian secara aman terhadap situasi berkenaan."
PBB bersedia menyokong usaha yang bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, kata Guterres.
-- BERNAMA