DUNIA
Ketua Pembangkang Cameroon, Anicet Ekane meninggal dunia dalam tahanan tentera
Anicet Ekane dilaporkan meninggal dunia pada pagi Isnin di Yaounde, ibu negara Cameroon, selepas 38 hari ditahan oleh pasukan keselamatan di bandar pelabuhan Douala. - Gambar FB Kum Leonard Official
YAOUNDE: Tokoh politik veteran Cameroon, Anicet Ekane dilaporkan meninggal dunia pada pagi Isnin di Yaounde, ibu negara Cameroon, selepas 38 hari ditahan oleh pasukan keselamatan di bandar pelabuhan Douala, menurut laporan stesen radio awam Perancis, RFI.
Berita kematian Ekane, 74, mencetuskan kemarahan meluas dan dijangka memperburuk ketegangan politik susulan pilihan raya Presiden Oktober lalu yang menyaksikan Paul Biya, 92, mendakwa kemenangan untuk penggal baharu selepas lebih empat dekad memegang kuasa.
Ekane yang mengetuai Parti Gerakan Afrika untuk Kemerdekaan dan Demokrasi Baharu (MANIDEM), ditahan pada 24 Oktober selepas menyatakan sokongan kepada pencabar Biya, Issa Tchiroma Bakary, yang menolak keputusan rasmi dan mendakwa beliau memenangi undi.
Pihak berkuasa menuduh Ekane melakukan pemberontakan, dakwaan yang disifatkan partinya sebagai bermotifkan politik.
Anak sulung Ekane, Muna Ekane memberitahu agensi berita Associated Press, kesihatan bapanya merosot teruk minggu lalu dengan masalah pernafasan yang serius.
“Selama seminggu, beliau sukar bernafas, seolah-olah tercekik,” katanya sambil menambah keluarga telah berulang kali memaklumkan kepada pihak berkuasa tetapi tiada tindakan diambil.
Peguam Ekane, Emmanuel Simh pula mendakwa, anak guamnya dinafikan rawatan sewajarnya.
“Kami masih terkejut dan bersedih. Ekane tidak melakukan sebarang jenayah, jadi kami mahu tahu mengapa beliau ditahan dan diabaikan,” katanya.
Parti Ekane sebelum ini mengeluarkan rayuan mendesak agar beliau dipindahkan segera ke hospital awam, sambil memberi amaran akan memegang kerajaan bertanggungjawab atas sebarang akibat.
Kerajaan Cameroon mendakwa, Ekane menerima rawatan daripada doktor tentera bersama pasukan peribadinya dan memaklumkan siasatan telah dilancarkan.
Menteri Komunikasi, Rene Emmanuel Sadi menyatakan rasa kesal atas kematian itu, manakala Presiden Biya mengarahkan siasatan penuh.
Namun, parti Ekane menyifatkan kematian beliau sebagai “pembunuhan” sementara delegasi Kesatuan Eropah melahirkan rasa sedih mendalam dan mengulangi desakan agar semua tahanan politik dibebaskan.
Ekane merupakan aktivis politik selama hampir lima dekad dan tokoh penting dalam perjuangan demokrasi pelbagai parti pada awal 1990-an.
Beliau dikenali sebagai pewaris ideologi pejuang nasionalis Cameroon dan kekal lantang memperjuangkan keadilan sosial sepanjang kerjayanya.
Kematian beliau berlaku ketika kontroversi berterusan berhubung tindakan keras pasca pilihan raya.
Kerajaan mendakwa, 16 orang terkorban dalam protes selepas kemenangan Biya diumumkan, namun kumpulan hak asasi dan pembangkang meletakkan angka korban melebihi 55.
Issa Tchiroma, calon yang disokong Ekane dilaporkan melarikan diri ke Gambia bulan lalu. - Agensi