DUNIA
Ketua pembangkang Sepanyol desak pilihan raya segera berikutan skandal rasuah
Alberto Nunez Feijoo menggesa pilihan raya umum diadakan segera berikutan siri skandal rasuah di negara itu. - Gambar Reuters
MADRID: Ketua parti pembangkang utama Sepanyol, Alberto Nunez Feijoo pada Ahad menggesa pilihan raya umum diadakan segera berikutan siri skandal rasuah di negara itu.
Dianggarkan seramai 40,000 penyokong Parti Popular (PP) berhimpun di ibu negara Sepanyol bagi membantah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Pedro Sanchez, selepas mahkamah mengarahkan bekas Menteri Pengangkutan, Jose Luis Abalos ditahan berhubung kes rasuah.
“Sepanyol memerlukan seorang Perdana Menteri yang jujur,” kata Feijoo kepada penyokong berhampiran Temple of Debod di pusat Madrid.
Abalos didakwa bersama pembantunya, Koldo Garcia, dan seorang ahli perniagaan kerana didakwa memanipulasi kontrak awam bagi bekalan perubatan seperti pelitup muka semasa pandemik COVID-19 ketika beliau menjadi anggota kabinet namun kedua-duanya menafikan sebarang salah laku dalam kes itu.
Dalam masa sama, sebilangan penyokong sayap kanan turut berkumpul di luar ibu pejabat Parti Sosialis pimpinan Sanchez di Madrid.
Sementara itu, seorang bekas pegawai kanan Parti Sosialis, Santos Cerdan, juga berdepan kemungkinan pertuduhan termasuk menjadi sebahagian daripada organisasi jenayah, rasuah dan salah guna pengaruh. - Agensi