DUNIA
Ketua Pembangkang Singapura kalah rayuan kes berbohong kepada jawatankuasa Parlimen
Pada 17 Feb, Setiausaha Agung Parti Pekerja itu dikenakan denda keseluruhan S$14,000 (kira-kira RM44,380) bagi dua pertuduhan berbohong kepada Jawatankuasa Keistimewaan (COP). - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Singapura pada Khamis menolak rayuan ketua pembangkang Pritam Singh terhadap sabitan kesalahan berbohong kepada jawatankuasa Parlimen, lapor media tempatan.
Pada 17 Feb, Setiausaha Agung Parti Pekerja itu dikenakan denda keseluruhan S$14,000 (kira-kira RM44,380) bagi dua pertuduhan berbohong kepada Jawatankuasa Keistimewaan (COP).
Hakim Steven Chong berkata keputusan hakim mahkamah rendah untuk mensabitkan Singh adalah kukuh dan disokong oleh bukti, lapor CNA. Singh kemudian membayar denda itu sepenuhnya selepas prosiding.
Bercakap kepada media, Ahli Parlimen bagi Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Aljunied itu berkata walaupun kecewa dengan keputusan tersebut, beliau menghormati dan menerima penghakiman itu tanpa syarat.
"Saya memang mengambil masa terlalu lama untuk memberi respons terhadap pembohongan Raeesah di Parlimen. Saya bertanggungjawab atas perkara itu," katanya dalam satu video yang disiarkan CNA.
Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD) menjelaskan pada Februari, berikutan sabitan awal Singh, keputusan itu tidak menjejaskan statusnya sebagai Ahli Parlimen kerana ia tidak memenuhi ambang pelucutan kelayakan.
Singh didakwa pada 19 Mac 2024 di bawah Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) kerana dengan sengaja memberikan jawapan palsu semasa sesi soal siasat di hadapan COP Parlimen.
Pertuduhan berkaitan kenyataannya di hadapan COP yang ditubuhkan pada November 2021 untuk menyiasat kontroversi pembohongan melibatkan bekas anggota WP, Raeesah Khan.
Raeesah, ketika itu Ahli Parlimen bagi Sengkang GRC, telah memberitahu Parlimen pada 3 Ogos 2021 bahawa beliau menemani seorang mangsa rogol membuat laporan polis dan mendakwa pegawai polis yang menemu bual mangsa telah mengulas mengenai pakaian mangsa dan fakta bahawa mangsa telah meminum alkohol.
Beliau kemudian mengakui di Parlimen bahawa kisah itu tidak benar.
-- BERNAMA