DUNIA

Ketua pemimpin Daish muncul semula selepas lima tahun

Agensi 30/04/2019 | 00:39 MYT
Pemimpin Daish, Abu Bakr Al-Baghdadi muncul semula menerusi rakaman video yang pertama selepas lima tahun menghilangkan diri. - Foto Reuters
Daish akhirnya mengakui gagal dalam mempertahankan kubu kuatnya yang terakhir di perkampungan Baghouz, timur bandar Syria.

Pengakuan itu dibuat pemimpinnya Abu Bakr Al-Baghdadi menerusi rakaman video yang pertama selepas lima tahun menghilangkan diri.

Video yang dikeluarkan sayap propaganda Daish, Al-Furqan turut mendedahkan kumpulan itu tidak akan berhenti di situ dan Al-Baghdadi berjanji lebih banyak serangan dilancarkan pada masa depan.

Ia juga merupakan penampilan video pertamanya sejak dia menyampaikan khutbah di masjid Al-Nuri di bandar Mosul pada 2014.





Dalam pada itu Al-Baghdadi turut menyentuh insiden pengeboman di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 250 nyawa dan mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut.



#Abu Bakr Al-Baghdadi #Al-Furqan #daish #hilang diri #muncul #Syria #video