awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua sayap kanan Perancis sambut baik pembubaran Parlimen oleh Macron

Agensi
Agensi
10/06/2024
02:10 MYT
Ketua sayap kanan Perancis sambut baik pembubaran Parlimen oleh Macron
Marine Le Pen berucap di ibu pejabat parti RN selepas Macron mengumumkan pembubaran Parlimen di Paris, 9 Jun 2024. (Foto AP)
PEMIMPIN sayap kanan Perancis, Marine Le Pen pada Ahad menyambut baik pengumuman Presiden Emmanuel Macron bagi mengadakan pilihan raya tergempar selepas kem presiden itu tewas teruk kepada parti National Rally (RN) berhaluan kanan dalam pilihan raya EU di negara itu.
"Kami bersedia untuk mengambil alih kuasa jika Perancis memberi kepercayaan kepada kami dalam pilihan raya negara akan datang," katanya pada satu perhimpunan di ibu pejabat parti RN di Paris.
Menurut keputusan awal, RN yang dipimpin oleh Jordan Bardella, 28 tahun, memenangi kira-kira 32% undi dalam undian pada Ahad, dua kali ganda lebih tinggi berbanding undian diperolehi Macron iaitu 15%.
Macron pada Ahad membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya tergempar selepas partinya mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya EU.
“Saya memutuskan untuk memberikan rakyat kembali memilih masa depan Parlimen kita melalui undian. Oleh itu saya umumkan Dewan Negara dibubarkan,” katanya dalam ucapan dari Istana Presiden Elysee.
Undian akan diadakan secara dua pusingan iaitu pada 30 Jun dan 7 Julai.
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#pilihan raya
#EU
#Marine Le Pen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan