awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
6 maut, 84 cedera dalam letupan kilang besi di Inner Mongolia
Chow pemimpin berhemah, laksana projek pencetus perubahan di Pulau Pinang - Sim
Pasangan kekasih dikenal pasti mangsa rentung di Plaza Tol Jitra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Turus Tentera Houthi maut dalam serangan udara Israel

Agensi
Agensi
16/10/2025
22:00 MYT
Ketua Turus Tentera Houthi maut dalam serangan udara Israel
Kumpulan pejuang Houthi pada Khamis mengesahkan kematian Ketua Turus Tentera mereka, Mejar Jeneral Mohammed AbdulKareem Al-Ghamari, dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh Israel. - Gambar fail Reuters
LONDON: Kumpulan pejuang Houthi pada Khamis mengesahkan kematian Ketua Turus Tentera mereka, Mejar Jeneral Mohammed AbdulKareem Al-Ghamari, dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh Israel.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Houthi, kematian beberapa individu lain turut dilaporkan, termasuk anak lelaki Al-Ghamari yang berusia 13 tahun, Hussein.
Laporan itu disiarkan agensi berita milik kumpulan itu, SABA.
Sebelum ini, Al-Ghamari dilaporkan cedera dalam serangan tersebut, namun pengumuman rasmi pada Khamis mengesahkan beliau telah terkorban.
Pihak berkuasa Israel sebelum ini menyatakan bahawa Al-Ghamari menjadi sasaran dalam satu serangan udara yang dilancarkan pada Jun lalu.
Sejak tercetusnya operasi ketenteraan Israel di Gaza pada Oktober 2023 - yang mengundang kecaman global dan dituduh sebagai tindakan pembunuhan beramai-ramai - pergerakan Houthi di Yaman meningkatkan serangan balas terhadap sasaran berkait Israel.
Kumpulan itu menyifatkan tindakan mereka sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin yang berdepan kepungan di Gaza.
Sebagai tindak balas, Israel telah melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas kawasan yang dikuasai Houthi di Yaman, sekali gus memburukkan lagi ketegangan di rantau tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Ketua Turus Tentera Houthi
#Mohammed AbdulKareem Al-Ghamari
#serangan udara Israel
#Houthi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami