awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kezaliman dialami rakyat Palestin tidak boleh berlanjutan - Presiden China

Bernama
Bernama
10/12/2022
05:49 MYT
Kezaliman dialami rakyat Palestin tidak boleh berlanjutan - Presiden China
Xi hadir pada Sidang Kemuncak Riyadh-Teluk-China bagi Kerjasama dan Pembangunan di Arab Saudi pada Jumaat. - AP
RIYADH: Presiden China Xi Jinping melahirkan rasa tidak puas hati dengan kezaliman yang dialami rakyat Palestin serta mengesahkan sokongan China terhadap negara Palestin yang merdeka.
"Tidak mungkin kezaliman yang dialami rakyat Palestin diteruskan," kata presiden itu semasa merasmikan Sidang Kemuncak Riyadh-Teluk-China bagi Kerjasama dan Pembangunan di Arab Saudi pada Jumaat.
Xi menekankan keperluan agar Palestin diberi "keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" sambil berkata Beijing "menyokong penyelesaian dua negara dan penubuhan negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya."
Beliau menganggap sidang kemuncak itu sebagai "sejarah yang terlakar dalam hubungan Cina-Arab.
"China dan Arab harus mengukuhkan perpaduan dan kerjasama serta membina komuniti demi masa depan yang lebih cerah," katanya sambil mengalu-alukan penyertaan Arab dalam inisiatif keselamatan global.
Beliau turut menyuarakan minat untuk menjalin kerjasama dua hala dalam memperkukuh sektor pembangunan, kesihatan dan keselamatan makanan.
Xi tiba pada Rabu dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.
Kali terakhir beliau melawat negara itu pada 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Presiden China
#Xi Jinping
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan