Kilang Volkswagen di Jerman kurangkan pengeluaran kereta elektrik

Bernama
November 10, 2023 09:23 MYT
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen mengurangkan pengeluaran dua model kereta elektrik di kilangnya di Emdennya di Lower Saxony. - Gambar hiasan/Reuters
HANOVER: Pengeluar kereta Jerman Volkswagen mengurangkan pengeluaran dua model kereta elektrik di kilangnya di Emdennya di Lower Saxony, menurut jurucakap kilang itu kepada Agensi Berita Jerman (dpa).
Pengeluaran tidak beroperasi pada Khamis dan dijangkakan berterusan pada Jumaat dan Isnin kerana kekurangan bekalan motor elektrik untuk model ID.4 dan ID.7 disebabkan gangguan rantaian bekalan.
Bagaimanapun, pengeluaran model Passat dan Arteon tidak terjejas.
Sebuah lagi kilang Volkswagen di Zwickau, di Saxony yang hanya mengeluar kereta elektrik juga akan menggantung pengeluaran kereta elektriknya atas sebab yang sama.
-- BERNAMA
#kenderaan elektrik #Jerman #Volkswagen #bekalan motor