awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Jong Un dakwa AS cuba wujudkan NATO versi Asia

Bernama
Bernama
01/01/2023
10:10 MYT
Kim Jong Un dakwa AS cuba wujudkan NATO versi Asia
Kim Jong Un menyatakan mengenai pentingnya untuk memperkukuh keupayaan pertahanan diri Pyongyang di tengah-tengah cabaran luar yang serius. - Gambar/ AP
MOSCOW: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Ahad berkata Amerika Syarikat (AS), dengan alasan mengukuhkan kerjasama dengan Korea Selatan dan Jepun, sedang mewujudkan "versi NATO Asia," lapor Sputnik.
"Pada 2022 AS kerap menggunakan pelbagai cara serangan nuklear di Korea Selatan pada tahap penempatan berterusan, meningkatkan tahap tekanan ketenteraan ke atas DPRK (Republik Rakyat Demokratik Korea) secara maksimum
"Dan pada masa yang sama, ia mendorong untuk merealisasikan kerjasama segi tiga dengan Jepun dan Korea Selatan pada skala penuh sambil berusaha untuk mewujudkan blok ketenteraan baharu seperti versi NATO Asia dengan alasan untuk "memperkukuh perikatan," kata Kim Jong Un dalam laporan mengenai mesyuarat pleno Parti Pekerja Korea, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) milik kerajaan.
Pemimpin Korea Utara itu juga menyatakan mengenai pentingnya untuk memperkukuh keupayaan pertahanan diri Pyongyang di tengah-tengah cabaran luar yang serius dan keadaan semasa hubungan antara Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Kim Jong Un
#NATO versi Asia
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan