awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Jong Un tiba di Rusia bagi hadiri sidang kemuncak bersama Putin

Bernama
Bernama
12/09/2023
04:37 MYT
Kim Jong Un tiba di Rusia bagi hadiri sidang kemuncak bersama Putin
Kim meninggalkan Pyongyang menuju ke Rusia dengan menaiki kereta api petang Ahad, diiringi pegawai kanan parti pemerintah dan angkatan tentera. - Foto AP
SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di Rusia awal Selasa, kata seorang pegawai di kementerian pertahanan Korea Selatan.
Menurut agensi berita Yonhap, Kim akan mengadakan sidang kemuncak yang jarang berlaku dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, dengan kebimbangan semakin memuncak mengenai kemungkinan perjanjian senjata antara Pyongyang dan Moscow.
Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) mengesahkan bahawa Kim telah meninggalkan Pyongyang menuju ke Rusia dengan menaiki kereta api petang Ahad, diiringi pegawai kanan parti pemerintah dan angkatan tentera.
Beberapa jam selepas laporan KCNA, jurucakap di kementerian pertahanan Korea Selatan, Jeon Ha Kyou memberi penilaian bahawa kereta api Kim telah menyeberang Rusia pada awal Selasa.
"Memandangkan sejumlah besar anggota tentera mengiringinya, (kami) memantau dengan teliti sama ada rundingan mengenai perdagangan senjata antara Korea Utara dan Rusia, dan pemindahan teknologi akan berlaku," kata Jeon kepada pemberita.
Saluran media Rusia "Vesti Primorye" juga melaporkan bahawa kereta api Kim tiba di bandar Khasan pada Selasa dan sedang menuju ke bandar Ussuriysk.
Namun, ia masih belum diketahui di mana Kim dan Putin akan mengadakan pertemuan.Kremlin mengumumkan bahawa rundingan antara wakil-wakil Korea Utara dan Rusia dijadualkan semasa lawatan Kim, termasuk perbincangan mengenai kemungkinan pertemuan bersemuka antara pemimpin-pemimpin itu.
Lawatan itu menjadi lawatan pertama Kim ke Rusia dalam tempoh lebih empat tahun dan kunjungan pertamanya ke luar negara sejak penularan wabak COVID-19.
Ketika Korea Utara dan Rusia mengesahkan kunjungan Kim ke negara itu, Amerika Syarikat menyeru Pyongyang agar tidak menyediakan senjata kepada Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#Rusia
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan