BANGKOK: 'Dilema konsensus' ASEAN dan keperluan untuk merintis laluan baharu dalam bekerjasama dengan junta Myanmar bagi menyelesaikan isu tertangguh seperti yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, membuka mata bahawa ASEAN perlu menimbang semula pendekatannya dalam membantu menamatkan krisis di negara yang bergolak itu.
Anwar semasa ceramah di Universiti Filipina pada Khamis sempena lawatan dua hari beliau ke Filipina berkata walaupun membuat keputusan melalui konsensus terus menjadi prinsip utama ASEAN namun, ini tidak bermakna ASEAN harus berdiam diri mengenai perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau itu atau khususnya pelanggaran Piagam ASEAN oleh anggotanya sendiri.
Sehari sebelumnya pada sidang akhbar dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, Anwar menyarankan supaya meneroka kaedah baharu bagi memujuk junta Myanmar agar berusaha dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam ASEAN serta menyelesaikan isu yang tertangguh dan tidak boleh dianggap sebagai isu dalaman semata kerana ia menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan rantau ini.
Jika diamati kembali, tidak banyak kemajuan dalam pelan damai ASEAN dengan ketua junta Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing dan Tatmadaw (angkatan tentera) kerana kedua-duanya terus menentang Konsensus Lima Perkara (5PC) badan serantau itu.
5PC yang disepakati oleh kedua-dua pihak pada April 2021, dua bulan selepas rampasan kuasa, menyeru agar: keganasan segera dihentikan; mengadakan dialog dengan semua pihak berkepentingan; pelantikan utusan khas untuk berperanan sebagai pemudah cara; utusan khas melawat dan bertemu dengan pihak berkepentingan di Myanmar; dan membenarkan ASEAN memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Myanmar.
Seorang profesor di National War College di Washington dan di Universiti Georgetown Dr Zachary Abuza berkata Anwar berniat baik dan kecewa dengan situasi di Myanmar khususnya cara Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) yang menolak untuk melaksanakan 5PC.
Abuza berkata kedudukan ASEAN dalam hal berkaitan Myanmar masih tidak mencukupi kerana dua prinsipnya - membuat keputusan secara konsensus dan tidak campur tangan.
"Masih banyak yang perlu dilakukan oleh badan serantau itu untuk menyelesaikan krisis berkenaan. Namun, keputusan yang diambil ASEAN melalui konsensus dan prinsip tidak campur tangan tidak akan ke mana-mana apabila banyak kerajaan di rantau itu yang menyokong junta.
"Prinsip tidak campur tangan ASEAN hanyalah 'kod yang membenarkan negara tidak melakukan apa-apa' untuk menyelesaikan krisis.
"Selain itu, saya tidak fikir penglibatan yang membina sama sekali dapat dilaksanakan dengan kerajaan tentera. Mereka tidak berunding dengan niat baik, matlamat mereka adalah kuasa penuh untuk menumpaskan pembangkang," kata Abuza.
"Myanmar tidak akan sama sekali memenuhi 5PC. Kenapa ASEAN perlu berurusan dengan mereka (junta)?
"Saya fikir perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh ASEAN ialah bertemu dengan NUG secara lebih kerap. Saya tahu mereka tidak akan mengiktiraf NUG sebagai kerajaan yang sah, tetapi hanya dengan bertemu mereka (NUG) akan membuat jeneral tidak keruan," katanya.
Sementara itu, Profesor dan Pengarah Institut Keselamatan dan Pengajian Antarabangsa di Fakulti Sains Politik, Universiti Chulalongkorn, Thitinan Pongsudhirak berkata Anwar boleh memainkan peranan penting dalam mengukuhkan Pengerusi ASEAN Indonesia pada tahun ini.
"Hanya diplomasi dan pengaruh kuat yang boleh menentang tentera Myanmar.
"Semua pilihan mesti diambil kira termasuk penurunan taraf keahlian Myanmar dan pengasingan serantau," katanya kepada Bernama.
Pada masa yang sama, Thitinan bersetuju dengan Abuza bahawa ASEAN harus melibatkan diri dengan NUG.
Sementara itu, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) Jakarta Lina Alexandra percaya bahawa perjanjian 5PC masih boleh diselamatkan.
Beliau berkata ASEAN boleh bekerjasama dengan Rakan Dialognya untuk membawa kemajuan dalam pelaksanaan 5PC dengan pelan hala tuju yang jelas bagi memulihkan keadaan di Myanmar.
"Sudah tentu ASEAN tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang negara-negara ini mahu lakukan berhubung kepentingan negara mereka sendiri, tetapi saya fikir Rakan Dialog mahu melihat sedikit keamanan dan kestabilan, terutamanya di sempadan mereka," katanya.
1 Feb 2023 menandakan ulang tahun kedua rampasan kuasa tentera. Dilaporkan hampir 3,000 terbunuh dan 17,000 ditahan manakala lebih 1.5 juta hilang tempat tinggal setakat ini. Meskipun buat Myanmat rampasan kuasa dan akibatnya adalah urusan dalamannya, namun pemerhati geopolitik dan penganalisis berpandangan masalah yang berkaitan dengan Myanmar merupakan medan ujian terhadap kredibiliti dan perpaduan ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Seorang lelaki mengayuh basikal di sebelah beberapa tayar yang terbakar ketika protes jalanan yang diadakan pada tahun 2021. - Foto fail/BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.