awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Kini masanya untuk berperang” - Benjamin Netanyahu

Agensi
Agensi
30/10/2023
22:00 MYT
“Kini masanya untuk berperang” - Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu. - Gambar REUTERS
TEL AVIV: Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.
Seperti mana Amerika Syarikat (AS) yang juga melakukan perkara sama semasa Jepun menyerang Pearl Harbour pada 1941 dan susulan serangan ke atas menara berkembar World Trade Centre (WTC) serana 11 September 2001, pendirian diambil Israel dalam perang dengan Hamas sama seperti sekutunya.
“ Saya ingin jelaskan pendirian Israel mengenai gencata senjata. Seperti mana Amerika Syarikat yang tidak setuju dengan gencatan senjata selepas Pearl Harbour dibom atau selepas serangan pengganas pada 11 September (2001), Israel tidak akan setuju dengan mengentikan peperangan dengan Hamas selepas serangan ngeri pada 7 Oktober lalu,” tegas Netanyahu pada Isnin.
“Mendesak Israel melakukan gencatan senjata atau menyerah pada Hamas, menyerah pada pengganas, menyerah pada kebiadapan, semua itu tidak akan berlaku,” tambah Netanyahu.
Memetik petikan kitab Bible yang menyebut terdapat ruang masa untuk keamanan, Netanyahu berkata: “Kini masanya untuk berperang.”
Ditanya apakah beliau mempertimbangkan untuk letak jawatan, tegas Netanyahu, matlamat utamanya ialah menyingkirkan Hamas.
“Kami (Israel) akan singkirkan mereka (Hamas) ke dalam tong sampah sejarah. Itu matlamat saya. Itu tanggungjawab saya,” jelas Netanyahu.
Sementara itu, jurucakap Hamas pada Isnin berkata, Israel tidak akan berjaya memasuki Gaza, “kecuali di beberapa kawasan yang terbatas” selain membayangkan situasi kemanusiaan di wilayah bergolak itu seperti satu ‘malapetaka.’ - CNN
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#masa untuk berperang
#Benjamin Netanyahu
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan