DUNIA
Kira-kira 80 rakyat Korea Selatan terbabit penipuan kerja di Kemboja gagal dikesan
Seramai 70 orang dilaporkan hilang antara Januari hingga Ogos tahun ini, manakala 10 lagi tidak dapat dikesan sejak tahun lalu.
SEOUL: Kira-kira 80 rakyat Korea Selatan yang dikaitkan dengan sindiket penipuan kerja di Kemboja hilang atau keselamatan mereka tidak dapat disahkan, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik seorang pegawai kementerian luar pada Selasa.
Seramai 70 orang dilaporkan hilang antara Januari hingga Ogos tahun ini, manakala 10 lagi tidak dapat dikesan sejak tahun lalu, menurut pegawai kementerian yang merujuk kepada data daripada Kedutaan Korea Selatan di Kemboja.
Kedutaan menerima laporan mengenai 330 orang hilang daripada keluarga dan rakan mereka dalam lapan bulan pertama tahun ini, meningkat mendadak daripada 220 kes pada 2024.
Semua kes selain daripada yang melibatkan orang hilang diselesaikan, kerana keselamatan mereka disahkan, sama ada kerana mereka dihantar pulang selepas ditahan polis, melarikan diri dari tawanan atau lokasi mereka disahkan oleh ahli keluarga atau kenalan, kata pegawai itu.
Bagaimanapun, angka ini perlu disemak semula dengan angka yang dikumpulkan oleh polis, kerana ia tidak sepadan sepenuhnya, kata pegawai itu. Agensi Polis Kebangsaan (NPA) merekodkan kes orang hilang seramai 52, daripada 143 kes yang difailkan sejak tahun lalu.
Angka terbaharu ini dikeluarkan ketika Korea Selatan sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani jenayah yang semakin tidak terkawal, ketika rakyat Korea Selatan diculik dan didera secara kejam oleh sindiket penipuan kerja yang memancing mereka dengan janji pekerjaan bergaji tinggi di Kemboja.
Isu ini mencetuskan kemarahan awam selepas seorang pelajar universiti Korea Selatan berusia 20-an ditemukan mati di selatan Kemboja pada Ogos, selepas diseksa dan ditahan, mendorong Seoul untuk mengambil tindakan, termasuk membawa pulang rakyatnya dan mayat pelajar itu.
-- BERNAMA