awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025

Bernama
Bernama
30/11/2024
07:15 MYT
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Kit ujian kendiri Human Immunodeficiency Virus (HIV) akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025, sebagai sebahagian daripada usaha negara itu untuk menggalakkan ujian berkala.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kit itu melibatkan pengumpulan spesimen oral secara kendiri menggunakan swab, juga akan tersedia di Action for AIDS (AfA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdedikasi untuk memerangi jangkitan HIV dan AIDS di negara itu.
"Ujian kendiri HIV dijalankan secara perintis di Klinik Kawalan Jangkitan Kelamin (DSC) dan AfA sejak Ogos 2022 untuk melengkapkan kaedah ujian sedia ada.
"Perintis ini membuktikan penerimaan, keselamatan dan keberkesanan penggunaan ujian kendiri HIV, serta menggalakkan individu yang tidak pernah menjalani ujian HIV sebelum ini untuk mencubanya," kata MOH dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Bagaimanapun, MOH menegaskan bahawa keputusan daripada satu ujian diagnostik pantas seperti kit ujian kendiri HIV tidak mencukupi untuk mendiagnosis jangkitan HIV.
Individu yang diuji positif perlu menjalani ujian pengesahan lanjut dengan penyedia penjagaan kesihatan dan dirujuk untuk rawatan.
"Jika keputusan ujian adalah negatif tetapi individu itu baru-baru ini terdedah kepada hubungan seksual tanpa perlindungan atau berisiko tinggi dijangkiti HIV, mungkin mengambil masa sehingga tiga bulan untuk berkembang dan dapat dikesan oleh kit ujian. Ujian semula adalah disyorkan," menurut kementerian.
MOH turut menyatakan bahawa sebahagian besar kes HIV yang baru dikesan di Singapura didiagnosis pada peringkat lewat, dengan 52 peratus kes pada 2023, 51 peratus pada 2022, dan 62 peratus pada 2021 dikesan dalam peringkat jangkitan lewat.
Selain itu, jumlah kes yang dikesan melalui ujian HIV yang dilakukan atas inisiatif sendiri kekal rendah, iaitu 15 peratus pada 2023, 17 peratus pada 2022, dan 16 peratus pada 2021.
MOH dan Lembaga Promosi Kesihatan menyarankan setiap individu dewasa menjalani ujian HIV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, tanpa mengira faktor risiko.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kit ujian kendiri HIV
#Singapura
#AIDS
#Kementerian Kesihatan SIngapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan